Monday, April 16, 2012

PRU KE 13 - BN 16 , PR 20


SEMASA pru ke 12 , jumlah kerusi yang dimenangi bn ialah 21 kerusi manakala pr pula sebanyak 15 kerusi  dan untuk mendapat majoriti mudah memimpin kerajaan negeri , samada pr mahu pun bn , perlu menang sekurang-kurangnya 19 kerusi .

Mengekalkan momentum pru 12 kepada pr , 15 kerusi akan kekal walaupun ada usaha dijalankan bagi merampasnya kembali kerana semasa bn dikatakan kuat , teguh dan berkuasa mutlak , pr berjaya menguasai 15 kerusi , apa benarlah kerusi-kerusi itu dimasa ini dimana bn sedang tinggal nyawa-nyawa ikan .

Ini bermakna pru ke 13 , pr akan memerintah di negeri sembilan dengan kelebihan 4 kerusi atau menjadi kerajaan dengan majoriti 1 kerusi .

Analisa setiap kerusi yang PP jalankan berdasarkan pecahan pengundi diantara melayu dan bukan melayu dimana undi melayu kekal 65 % pada bn dan undi bukan melayu cuma di perolihi sekitar 18 hingga 20 peratus sahaja dan begitu juga sebaliknya kepada pr .

Di Jelebu yang 64 % pengundi melayu , 28 peratus pengundi cina dan 7 % pengundi india , kerusi parlimen kekal di tangan bn jika rais yatim kekal disitu .

Dun Chennah , majoriti cina 54 % dan india 3 % manakala pengundi melayu sekadar 43 % menjadi kerusi pertama yang berjaya dirampas oleh dap kerana senerio semasa menunjukan bahawa pengundi cina menyesal mengekalkan calun mca disitu .

Di kerusi Pertang , bilangan melayu adalah tinggi sebanyak 66 % , cina 25 % dan india 8 % tetapi jika hanya memperolihi undi melayu sebanyak 3,500 undi dan hanya memperolihi kira-kira 1000 undi bukan melayu , calun pkr disitu boleh menang tetapi PP masih meletakan kerusi ini kerusi panas yang berkedudukan 50-50 .

Begitu juga kedudukan di N 4 Klawang juga 50-50 tetapi bn mengekalkan kerusi n 3 Sungai Lui dengan mudah biar pun majoriti kali ini kurang dari 2000 undi .


Di Jempol , kerusi p 127 Jempol yang di pegang Dato Lilah mungkin goyang memandangkan undi melayu dengan bukan melayu 58 % dan 42 % sahaja kerana kekuatan kepimpinan Lilah telah mula menjadi sebutan satelah timbalan dan naibnya , beralih angin .

Yang memenangkan calun pas disitu ialah cah keting dari kalangan umngok sendiri dimana jika calun itu kekal pada lilah , sebahagian ajk umngok bahagian jempol akan berpaling tadah dan sekiranya lilah tercicir , kumpulan yang menyokong beliau pula bertindak sebaliknya , bagi PP kerusi ini milik pas dalam pru ke 13 nanti .

Kerusi Serting , Palong kekal ditangan bn manakala Jeram Padang akan dimenangi oleh calun pkr dimana undi bukan melayu mengatasi sebanyak 3 % .

Kerusi P 128 kekal ditangan dap , Nilai , Lobak , Temiang , Sikamat dan Ampangan kekal ditangan pembangkang manakala kerusi Lenggeng , biarpun majori melayunya tinggi tetapi pengaruh sahak yang pudar dan wakil rakyat terpalit dengan isu rasuah menjadikan pengundi berfikir banyak kali , rasanya masih dalam keadaan 50-50 .

Di Kuala Pilah , semua kerusinya kecuali kerusi Pilah dan Johol kekal ditangan bn manakala pilah dijangka akan dimenangi oleh pkr dan johol masih dalam kedudukan 50-50 .

Bagi P 130 Rasah , semua kerusi dimenangi oleh dap dan kerusi labu yang dipegang bn berkemungkin jatuh kepada pkr memandangkan kekuatan di Labu dan Sendayan pembangkang semakin meningkat dari hari kehari .

Bagi kerusi P 131 Rembau  bn mungkin mengekalkan dua kerusi dun iaitu dun kota dan chembong manakala dun paroi yang majoriti melayu kekal ditangan pas dan dun rantau tempat mat hasan , berkedudukan 50-50 kerana perbezaan majoriti kaum sekadar 5 % sahaja .

Mat asan perlu berhati-hati kerana bukan kedudukan beliau sahaja yang mungkin tergugat kerusi parlimen yang di pegang KJ mungkin beprindah sekiranya cikgu bard kekal disitu , peluang calun anak muda SAMM ini untuk menang lebih kukuh berbanding kj , bagi PP kerusi ini milik pkr .

Di Telok Kemang bn hanya kukuh di Bagan Pinang yang majoritinya anggota tentera manakala di kerusi lain akan dikekalkan ditangan pr atau di menangi pr termasuk kerusi linggi dimana majoriti bukan melayu adalah sebanyak 44 % , satu jumlah yang tinggi dan berupaya dimenangi oleh pkr .

Manakala di Tampin , kerusi parlimen dan Gemas dijangka kekal kepada bn manakala kerusi Repah juga kekal kepada dap tetapi kerusi Gemencheh mungkin beralih arah .

Majoriti melayu hanya 61 % , jika isu felda  , isu mengurat isteri orang dimainkan , calun flip flop dan ramainya calun yang berminat saahingga  , menimbulkan masalah calun pas boleh menang disitu asalkan sahaja calun yang bertanding bukan calun alu zakaria khalim .

Pas kena letakan calun lain yang lebih berpotensi dan intelektual , tidak ada yang mustal di Gemencheh .

Maka akan terbentuklah kerajaan baru yang bukan dibawah mat asan yang bukan sahaja dibenci pembangkang tetapi juga oleh ahli umngok sendiri .


PP - nak lihat ramalan menjadi kenyataan .

2 comments:

Anonymous said...

Bro, saya orang Johol, siapa calun kali ni? Kalau BN khabarnya Hj Saiful. calun Pakatan siapa pula? Kita harap calun Pakatan juga cukup hebat.

Anonymous said...

calon pas khabarnya ustaz norazman mantan imam masjid jamek ampangan yg kono pocat tu