Monday, March 5, 2012

MAAF BERMAAFAN AMALAN MULIA ....



DALAM tempoh beberapa hari , dua kali dsn mengucapkan kata maaf atas kelakuan be end selama ini kepada pengundi-pengundi dan berjanji tidak mengulangi dan memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang dilakukan itu .

Sifat itu satu sifat terpuji tetapi dari segi pilihanraya , penyataan maaf sahaja tidak mencukupi kerana salepas undi diberikan dan kemenangan di perolihi , apakah maaf itu boleh di jadi kayu pengukur bahawa kejadian lalu itu di diulangi lagi .

Sejauh mana benarnya permohonan maaf itu dengan pemberian undi dan berbaloi kah kita memberi kemaafan kepada satu gerombolan yang pada asas mungkin hampir melakukan perkara yang sama secara berulang-ulang .

Ia sekadar menanam tebu di tepi bibir saja dana salepas mendapat undi , bukan sekadar tebu itu tidak lagi berasa manis malahan lima tahun lagi , kemanisan tebu tidak dapat menandingi kepahitan yang yang telah dan akan berlaku salepas itu .

Ini yang sewajarnya menjadi ingatan pengundi , mudah untuk berkata mohon maaf tetapi tidak semudah menggadaikan undi kita kerana satu janji manis yang luput satelah sahaja kemenangan diperolihi .

54 tahun memerintah bukan satu tempoh masa yang pendik , banyak kes saperti pecah amanah , rasuah , kroni  dan sebagainya berlaku dan menyukarkan persepsi rakyat dan setiap kali tiba pru , setiap kali itu juga mereka ini merayu-rayu diberikan kuasa saolah-olah tempoh masa yang lalu tidak pernah cukup .

Kononnya untuk membantu rakyat , sebanyak mana rakyat terbantu terutama nya dalam kes royalti di Kelantan dan Terengganu dan juga kes perwaja atau pun nfc ?

Ini peluang untuk memberikan pengajaran dana walau pahit , ianya dirasakan perlu kerana mereka perlu di pertanggungjawabkan atas apa yang telah mereka lakukan sebelum ini .

Tinggal lagi , bila masa pru tu ?



PP - siapa yang tahu agaknya ?




1 comment:

Anonymous said...

I agree 100% with you bro..Tapi masalahnya ialah orang2 kampung kita. Kabanyakan seat di kampung2 dan apa jua penyelewengan mereka ni tak nampak sebab mereka tak menyumbang kepada cukai dan lain2nya. mereka2 ini yang mendapat imbuhan dari sumbangan cukai yang di kutip dari anak2 mereka yang bekerja 14 jam sehari di KL. Kalau tengok jumlah undi, sedari dulu2 lagi BN undi BN ni sekadar 55% saja dari jumlah undi, tapi seat parlimen tetap banyak sebab kawasan2 luar bandar luas walaupun pengundinya tak banyak. Selagi kawasan Parlimen seperti Kuala Pilah di berikan "gula2" politik oleh UMNO, selagi itulah kebanyakan rakyat yang menyumbang kepada ekonomi negara akan terus merana, dan menerima subsidi seperti juga ibu bapa saya akan terus beri undi pada BN..
Kepada anak2 muda yang cerdik pandai, sama2lah kita berusaha mengalahkan "perompak" kesenangan kita ini yang datang dari Bee End..Mudah2an usaha kita berjaya walaupun mungkin tak dalam masa terdekat ini..