Friday, March 30, 2012

KEDUDUKAN MAT ASAN GOYAH ?



BALIK dari PD tempohari , PP dah terdengar sosak sosek mulut penyokong umngok tentang acara yang diadakan di PD dan Seremban itu kerana ada beberapa perkara yang diluar daripada kebiasaannya telah berlaku .

Dikatakan semasa di PD sebelum majlis makan tengahari , dsn ada pergi ke majlis melancarkan projek rumah untuk mereka yang berpendapatan rendah .

Mengikut aturcara majlis , hanya mat asan dan dsn yang berucap tapi entah dari mana datangnya arahan , tup tup isa samad pun berucap sama .

Acara itu adalah acara rasmi dimana aturcara tentunya diaturkan  oleh bahagian protokol dan tentunya juga telah mendapat pekenan dsn dan mat asan , jadi macam mana nama isa boleh muncul dan menyampaikan ucapan , itu yang peliknya kata mereka .

Mungkinkah isa minta sendiri dengan dsn untuk berucap dan dibenarkan tanpa melalui mat asan sendiri semata-mata kerana isa ialah penyelaras bn di pd .

Begitu juga di seremban , semasa berada di sikamat di taman desa rhu , khabarnya sahak berpeluang berucap panjang sedangkan nama sahak tak termasuk dalam senarai mereka yang dijemput untuk berucap .

Satu lagi perkara yang tentunya menggusarkan mat asan , dah ramai yang bersembang bahawa kedudukan mat asan sebagai mb di ns goyah , bakal digantikan orang lain .

Nasib baik ke parlimen , jadi menteri atau timbalan menteri atau sekurang-kurang nya masih juga wakil rakyat , kalau duduk di dun kemudian jadi wakil rakyat biasa atau terus tak bertanding , lagi gholo .

Penyokong mat asan yang sejemput di rembau dan rantau serta rasah dah mulo poning kepalo dengan perkembangan itu apa lagi bila kj pulak dah jadi ceo di punb , dah ada kuku balik makin menipislah kuasa mat asan .

Khabarnya juga , masa penyampaian brim di tampin , speaker yang disediakan untuk membolehkan mat asan berucap dan didengar oleh orang ramai hanya dipasang dalam dewan yang muat dua ratus orang sedanagkan penerima brim yang lagi 500 orang berborak sesama sendiri kerana tak dengar apa-apa .

Khabarnya juga , pengendalian pa system itu dari pejabat penerangan negeri , tak kan pejabat penerangan negeri tak tahu keperluan alat pembesar suara itu atau sengaja nak buat mat asan sakit hati kerana dah kurang keyakinan .

Lagi pun , waad bekas adun tampin berada sama dan beliau diberitakan dah bekerja di kementerian dimana rais yatim jadi menterinya .

Macam ada-ada sesuatu di sebalik apa yang berlaku di tampin itu , kata sebahagian  ahli umngok yang sampai ketelinga PP .



PP - macamaa itu kalo , mat asan kena cuci kaki sebelum tidur , takut kena mimpi ngeri lagi

6 comments:

Anonymous said...

Bro

Kalau nak kengkawan pembangkang memerintah NS ..mat asan konolah bertanding jugak ...barulah orng kompem menyampah dan undi banyak lari ko pembangkang ...biarlah mat asan yg terlalu koyok dan bangang dijadikan catatan dalam sejarah politik NS sebagai mangkuk hayun yang menyobabkan NS jatuh ketangan Pakatan ...

damak said...

Bro kenapa anda babitkan penerangan pulak dengan mat asan, penerangan membantu kerajaan sedia ada, jangan dengar kata-kata orang tak baik takut story tak betul anda pun terlibat dengan dosa.
amin.

Anonymous said...

bro, jangan dengar story orang takut tak betul anda juga terlibat dosa.

Anonymous said...

penerangan bantu kerajaan sedia ada
jangan kaitkan dengan politik.

Anonymous said...

I love mat asan, azman asan, ghani asan, Aboy ( anak azman asan) Zu,( isteri aboy) semua mereka ini adalah perwakilan tetap bahagian rembau. Mereka adalah pejuang2 UMNO. Keluarga UMNO terhebat, lebih hebat dari zaman2 fuedal dulu...Hidup Hassan dan keluarga, demi masa depan rakyat!!!

Anonymous said...

Yes, Mat Hasan dan adik beradik serta anak buah dan sedara mara semua berjuang untuk rakyat. Sedara mara bukan saja bantu Mat Hasan sebagai sedara tapi bantu UMNO dengan memegang berbagai jawatan. Jawatan rasmi secara pemilihan, secara bertugas di pejabat UMNO dan sebagainya. Inilah pejuang2 bangsa yang harus di contohi.Mungkinkah legenda kepahlawanan ini akan di teruskan pulak dengan Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Rembau ( Aboy ) atau Kepimpinan Puteri ( Zu ) akan mengambil alih sebagai wakil rakyat di DUN Rantau? Teruskan perjuangan seisi keluarga ini..Ayuk kita sokong !!!!