Tuesday, April 3, 2012

SILA TUKAR PEMANDU YANG MABUK ?


DALAM satu perjalanan menuju destinasi , baik menggunakan bas , teksi mahupun kereta , selain mencapai matlamat untuk segera sampai ketempat yang dituju , tentunya kita juga berharap agar keselamatan kita akan terjamin .

Kalau driver tu mengantok macam yang banyak berlaku apabila terjadi kemalangan , dirver gantian mesti mengambil alih , bas mesti berjalan menuju destinasi cuma dirivernya saja yang perlu ditukar .

Jadi apa takutnya menukar dirver ditengah jalan , apa tah lagi jika driver tersebut dirver yang pemabuk : pemabuk kuasa , maka bukan harus hukumnya malahan jatuh wajib demi untuk keselamatan penumpang yang ada dalam kenderaan itu .

Tidak betul kalau ada saranan supaya mengekalkan driver tersebut dan membiarkan dia terus memandu semata-mata takut driver baru tidak berpengelaman , tidak berkemampuan atau kurang diyakini kerana lebih baik berada dibawah pemandu yang baru , yang kurang pengelaman dan memandu secara berhati-hati daripada dibawah driver yang kemaruk kuasa yang hanya menganggp dia sahaja yang tahu memandu .

Ingat , kita berhak untuk memilih driver yang kita yakini dan driver yang berkemampuan tetapi jika terbukti driver itu sudah mabuk , masih nak beri dia peluang lagi ke dan membiarkan kita dan bas terjunam dalam gaung atau memberikan driver kedua untuk menimba pengelaman ?

Jika driver baru itu kurang berkeupayaan dan satelah rasa mengantuk dan mabuk hilang dari driver pertama , nak bagi peluang semula tak ada salahnya tetapi biarlah kali ini kita cuba driver baru bagi memastikan keselamatan diri dalam perjalanan terjamin .

Jangan ambil peduli gesaan saorang dua penumpang yang begitu terdesak dan mahukan hanya driver lama kekal tanpa mempedulikan nasib penumpang yang lain kerana pandangan itu sebenarnya tidak jujur danl ebih kepada membina dan meneruskan agenda tersendiri yang masih belum cukup .

Tinggal lagi , terpulang kepada yang lain , tepuk dada tanya akal fikiran , keselamatan yang lebih terjamin dan ada harapan didalamnya atau kekal dengan status quo yang ada bersama driver lama yang sudah pasti mabuk dan sering melupakan nasib penumpang apabila memandu bas , dan hanya memikirkan trip bagi mendapat keuntungan bagi dirinya .

Fikir-fikirkan lagi ....


PP - Chua ju meng dah muncul kek Kopilah , yang lain mungkin datang lai ....


No comments: