Tuesday, 27 March 2012 ( dari blog Sakmongkol AK 47 )
Mentalqinkan UMNO
Mari talqinkan UMNO.
Ianya
bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut,
kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun se saat. Rakyat
sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh
melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO
menunjukkan lemas nya.
Najib
berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat
benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan
UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO
memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya,
kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.
Lebih
mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO
merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus
negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja
yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan
tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir
dengan lebih baik.
Bagaimana
UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah
menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can
you offer a bright future when you have created only a dark past?
Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Kenapa?
kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.
kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.
Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.
Pertama
UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO
naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan
piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan
individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan
jiwa hamba keatas orang Melayu.
Kedua
nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat
ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan
piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah
yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan
masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.
Jadi
apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka
hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai
jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu
bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti
segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa.
Nasib
baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik,
pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk
bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51%
pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar
tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM
sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak
jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu
di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM.
Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.
Najib
dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan
BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan
cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli
Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar.
Sebetulnya
kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO
akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh
Anwar Ibrahim.
Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang.
Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang.
PP - mari kita mulakan - Alfatihah ......
1 comment:
DSI berkata ekonomi malaysia ditahap yang baik.. Pernah kah beliau nerasi hidup sebagai rakyat biasa. Selepas era PAK LAH ekonomi Malaysia ditahap yang amat membimbangkan. Rakyat amat terasa dengan kenaikkan harga barang, kos harian meningkat tapi gaji tidak meningkat. Di kuala pilah rakyat rasa amat tertekan dengan kenaikkan harga barangan harian. Wujudnya kedai 1 malaysia banak ke membantu untuk rakyat? Jika DSI jadi rakyat biasa dia akan tahu betapa peritnya sekarang. RM 100 tiada nilai lagi. Rakyat amat menderita. Pemberian BRIM sebanyak RM 500.. Berapa hari boleh tahan. Peniaga2 mengeluh dengan kenaikkan harga barang. Keluar lebih dari pendapatan. Sepatutnya DSI fikirkan. Bil Api Dan Air dalam diam dah naik.. Rakyat bukan bodoh. Di Kuala Pilah khususnya. Pernah ke MP kuala pilah pergi belanja dipasar? Pernah ke pergi ke pasar tani? Perginya bila nak bagi apron atau bendera. Itu pun Claim pada kerajaan. YB2 Di Parlimen Kuala Pilah Pernah ker Turun bersama rakyat? Hidup YB2 amat senang, segalanya ditanggung. Boleh pulak claim.. Ada anak dikayakan. Kroni Dikayakan. RAKYAT DAPAT APA? MENDERITA... MP Kuala Pilah ckp pilah membangun.. Membangun apa??? Yg dibanggakan Kolej Jururawat.. Uitm.. Tp adakah ramai rakyat tempatan yang dapat kerja dalam Uitm? Ramai ke penduduk tempatan yang akan belajar di Kolej jururawat? Pekerja di uitm kebanyakkan org luar... penduduk tempatan hanya layak jd tukang sapu, pengawal keselamatan. pernah ke MP kuala pilah amik tau semua ni? Pernah ke Yb2 Ambik tahu? INDAH KHABAR DARI RUPA. Pada YB2 JANGAN HANYA PANDAI BERCKP..
Post a Comment