Thursday, February 2, 2012

JANGAN BERMAIN DENGAN SENTIMEN AGAMA !!!

MUTHAKIR ini nampak gejala bermain dengan sentimen kaum , bangsa dan agama cuba kembali disemarakan oleh pihak tertentu .

Mungkin tujuannya amat mudah untuk dipahami supaya wujud sikap permusuhan dikalangan kaum kerana isu bangsa dan agama , satu isu yang amat menyentuh hati nurani semua bangsa didunia ini .

Sikap ini satu sikap yang tidak bertemadun dan tidak bertanggungjawab sama sekali , tidak kira siapa yang melakukannya atau atas tujuan apa ianya dilakukan .

Jika pun tujuannya dikaitkan dengan politik tetapi perbuatan itu ibarat bermain dengan api , masa kecil dan masih boleh dikawal , api boleh digunakan untuk kemudahan kita tetapi jika sudah tidak terkawal lagi , api akan memusnahkan semuanya termasuklah mereka yang mula-mula menyalakan api itu .

Dulu ada yang cuba melemparkan cat merah kepada masjid dan surau , membakar gereja , merosakan kuil , memijak kepala lembu dan sekarang meletakan kepala babi dimasjid dan surau yang menjadi tempat paling suci kepada umat Islam .

Gamaknya , sudah sampai masanya kegiatan ini di bantras malahan jika boleh mereka yang melakukannya waiima dari kalangan kaum yang menghuni masjid dan surau itu sendiri , tidakkan tegas mesti diambil .

Masjid yang berkemampuan dan sering menjadi tumpuan perlu dilengkapi dengan cctv supaya mudah untuk memantau dan menangkap mereka yang bersikap durjana itu .

Tidak usah menuding jari kepada sesiapa kerana itu tidak perlu dan jika terbukti mereka melakukan kesalahan itu , ambil tindakan tegas dan jangan berat sebelah atau mengadakan tindakan secara terpilih .

Provokasi memang tidak dibenarkan kerana ianya merosakan , jika nak capai sesuatu tujuan pun termasuk menang pilihanraya , buatlah kerja , rakyat akan melihat dan mengundi parti mereka .

Tidak munasabah jika hendak menang pilihanraya , kita terpaksa mengorbankan keharmonian yang sedia ada , jika pun tujuan meletakan kepala babi itu ada kaitannya dengan politik .


PP - benci derngan politik melampau dan perkauman .

1 comment:

Anonymous said...

sy setuju dengan saudara..sekarang ini terlalu banyak sentimen agama dimainkan untuk kepentingan parti tertentu..yg jelas sekali agama islam dan kristian dilaga2kan..adalah amat sedih selepas ni perpaduan antara rakyat malaysia semakin kuarang disebabkan oleh pemimpin malaysia sendiri..