Tuesday, January 31, 2012

NAK BAGI BR1M PUN BEREBUT-REBUT ?


BEBERAPA ekor gajah besar sedang berperang prsikologi di Kopilah bagi menunjukan mereka yang paling berkuasa dan paling menonjol serta mendapat keuntungan politik daripada pemberiam brim yanag sedang rancak dijalankan .

Khabarnya , gajah besar yang memakai lambang dacing besar hendak pergi kesemua tempat penyampaian brim dan hendak berucap disitu sementara gajah kecil pula merasakan bahawa hanya mereka yang berhak untuk berbuat begitu kerana kawasan tersebut dibawah jajahan mereka .

Kadang kala mereka tak sedar antara ketua kampung dan pegawai daerah , mana satu lebih besar .

Ketua kampung besar di kampungnya manakala pegawai daerah pula besar di peringkat daerah tetapi macam mana pulak kalau kampung itu dalam daerah yang di pimpin oleh pegawai daerah yang sama .

Jadi persoalan siapa besar sepatutnya tak timbul tetapi kerana dah tak ngam dan tak sebulu , maka yang besar rasa berkuasa dan mahu kesemua majlis penyampaian sebagai vvip manakala ketua kampung pulak kerana  majlis itu diadakan di kamungnya merasakan kehadiran pegawai daerah tak perlu .

Itu lah tamsil kejadian yang berlaku sekarang , kem parlimen kata dia yang besar manakala kem bahagian pula kata sebaliknya .

Semuanya semata-mata kerana ini lah peluang untuk mereka menonjolkan diri dan mendapat perhatian serta pujian maklumlah nak bagi wang , siapa yang tak suka dan siapa yang tidak kena puji , walau pun wang itu sebenarnya bukan keluar dari kocek mereka atau mak bapak mereka .

PP dimaklumkan adanya gesaan daripada sebilangan gajah kecil supaya tidak memanggil gajah besar bila membuat majlis penyampaian di kawasan mereka supaya gajah besar tidak menjadi pengacau  kepada majlis yang dihadiri oleh gajah kecil itu .

Yang peliknya , gajah besar , walau pun badan besar tapi dalam kelompok dia , dia jadi gajah kecil balik berbanding dengan gajah kecil yang menjadi besar dalam kelompoknya .

Rumit persoalan ini , gajah besar walau pun berbadan besar dana wilayahnya besar tetapi kaum kerabatnya hanya sorang ( kalau mungkin ) tetapi gajah kecil banyak penyokong dan setidak-tidaknya , sebahagian besar ahli kelompok bersama-sama dengan dia .

Peribahasa melayu ada berkata , gajah sama gajah berjuang , pelanduk mati ditengah-tengah , kalau gajah ini terus berperang , takut rakyat yang dapat bahananya .

Tapi biarkan lah , mana tahu salepas ini semua gajah tu dapat dihalau kehutan dan singa yang bernaung dibawah bulan , roket dan mata akan menjadi big brother pulak .

Masa itu , biarkanlah gajah-gajah itu meraung keseorangan .


PP - dah perati gajah mana yang berjaya dihalau masa pru nanti ..

No comments: