BLOG INI TIDAK MENGAJAK ANDA BERSAMA , APA LAGI MENERIMA PANDANGAN YANG DIBERI , CUMA INGIN MEMBUKA MINDA ANDA KEPADA PANDANGAN ORANG LAIN . MUNGKIN IANYA BERSIFAT PERIBADI TETAPI TIADA UNSUR FITNAH DAN PERASAAN BENCI YANG DILONTARKAN . JADI " KAU FIKIR LAH SENDIRI "
Sunday, February 19, 2012
BAU HARUM MENGELILING NAMA BRO ASAN ...
EKORAN desas desus yang mengatakan asan malek , lilah yasin dan dr awaludin adalah antara beberapa nama yang tersenarai pendik sebagai bakal calon mb ns , banyak yang menarik muka "mencuka" tetapi tak kurang pula yang tersenyum simpul.
Bagi team bro asan kepiting , perkhabaran itu umpama dihempap setongkol emas , biarpun sakit tetapi kerana yang menghempap itu adalah emas , maka kesakitan itu menjadi pengubat kepada kesedapan yang bakal diperolihi .
Di peringkat akar umbi , rata-rata menyokong jika asan kepiting dipilih sebagai mb , lagi pun sejak mansor othman meninggalkan kerusi itu , tak ada lagi orang Kopilah yang berjaya duduk disitu .
Samad Idris khabarnya hanya pernah memangku aje manakala zahar ujang pula , belum apa-apa , baru disebut-sebut sahaja terus kena kerat dan dihantar bertanding ke parlimen .
Lepas tu mail pula dikataka berangan-angan nak duduk disitu tetapi memandangkan sulur galur mail tidak cukup panjang dan tiada bapa angkat dan mak angkat di peringkat pusat , nama mail agak ketepi sikit .
Manakala asan pula , ini kali kedua namanya disebut-sebut untuk duduk disitu , semasa menjadi adun Juasseh , apabila pelrantikan mb menjadi masaalah dan tun ghafar terpaksa turun menyelesaikannya , nama asan kepiting tiba-tiba muncul .
Tapi asan bukan orang isa samad , tak mungkin isa akan membawa nama asan walaupun isa tak dapat jadi mb lagi dan salepas itu asan dihantar bertanding ke parlimen menggantikan zahar ujang .
Cerita tu jadi senyap tetapi salepas pm mengadap tuanku masa lawatan minggu lalu , nama asan kepiting meledak semula .
Apa lagi tersenyum simpulah orang-orang asan macam jalil , mat zin , shamsul dan beberapa yang lain manakala orang kuat mail macam zaki , dell , muhi , am , ami slebet mulalah mencuka , kalau asan naik jadi mb , alamat mati kehausan lah mereka di kolam yang indah .
Chaah , yahya hamid , kamil , matrazi dan beberapa yang lain adalah orang asan yang juga orang zahar sikit masa lalu tetapi kerana merasakan bintang asan tak mungkin secerah mail , kumpulan ini angkat kaki , blah dari asan .
Sekarang bila asan jadi timbalan menteri dan nama tengah harum , kumpulan ini diberitakan sedang giat membawakan nama asan di kayalayak ramai .
Baguslah , sekurang-kurangnya pengerusi be end kuala pilah ini lebih tajam kukunya dari ketuanyanya di peringkat umngok bahagian .
PP - macam keluarga 69 , anak kawin bapa , ibu kawin anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment