Monday, December 12, 2011
SAAT SAYA MULA SOKONG ANWAR DAN KENAPA ANWAR PERLU DISOKONG
Anwar berucap di depan lebih 50,000 penyokong di Masjid Negara pada 20 Sept 1998Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya "Utusan Meloya" serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat.
Kebanyakan
penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali
Anwar, begitu juga dengan saya. Semua dalam keleliruan. Tetapi, saya
mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini
peribadinya. Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan
khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan
manusia.
Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian. Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.Pada satu malam, saya berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara.

Siang
itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap.Ceramah beliau
pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang
sangat penting dan signifikan.Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr
Munawar, lebih kurang begini:
"Kenapa
tangkap orang-orang saya? Tangkap saya. Saya pemimpin!!!".Hanya mereka
yang "berani kerana benar" boleh berbicara seperti itu. Kata-kata
seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah. Atas
kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian
konspirator.
Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin. Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko. Dan kalau Najib mungkin sudah lama lari ke Mongolia.Sejak saat itu saya pasti semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah fitnah dan hanya untuk membunuh karier politik beliau dan menyelamatkan perasuah.

Betapa
besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, pentokong dan orang yang
berdiam serta merelakannya. Bagi saya Anwar layak membawa Malaysia
keluar dari kemelut dan dia perlu disokong. Kepada dia, rakyat boleh
sandarkan harapan.
Di bawah ini beberapa insiden yang diberitahu kepada saya kemudiannya yang mengukuhkan menyerlahkan perwatakannya sebagai seorang pemimpin.Dalam peristiwa demonstrasi membela petani miskin Baling pada tahun 1974, Anwar pada asalnya tidak ditangkap dan sudah berada di rumah bapanya (Datuk Ibrahim) di Petaling Jaya.

Tapi
apabila mendengar berita penangkapan teman-temannya (termasuk Fadzil
Noor), beliau segera ke balai polis Jalan Stadium untuk membela, yang
akhirnya menyebabkan dia terus ditangkap di bawah ISA selama dua
tahun.Insiden kedua, apabila menghadapi tuduhan, sehari sebelum dipecat,
dia diberi kata oleh oleh Dr Mahathir - "dipecat atau menghadapi
tuduhan yang memalukan".
Dan
ini diiringi tawaran lumayan untuk bertugas di Bank Dunia sekiranya
beliau memilih untuk meletak jawatan. Jawab Anwar, "Kenapa saya harus
meletak jawatan, saya tidak bersalah." Kita percaya semua pemimpin
Umno/BN dalam situasi ini akan memlilih jawatan di Bank Dunia.
Satu kriteria penting bagi seseorang pemimpin berwibawa. "Apabila berhadapan dengan pilihan laba, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip walau pun risikonya penjara."Malah prinsip beliau jelas dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 di mana dia bertanding.

Dalam
kempen, taktik bersumpah atas nama agama dilakukan oleh Najib Razak
dan Saiful demi mendapat undi.Kerana tingkah lalu para sesumpah ini
disiarkan oleh Meloya dan TV3, sokongan pengundi Melayu merosot
mendadak, maka ada teman-teman yang menasihati Anwar untuk ikut
bersumpah.
Beliau
menolak kerana amalan sumpah dilarang dalam Islam. Persoalan jenayah
wajib di bawa ke mahkamah adil.Beliau berpendirian tidak akan
mengorbankan prinsip agama untuk tujuan politik kalau pun sekiramnya
ditakdir beliau kalah dalam pilihanraya itu.
Akhir kalam, rencana ini tidak membicarakan soal politik kepartian, tetapi keperluan membawa Malaysia keluar dari kebobrokan rasuah, penjarahan harta negara, perompakan wang rakyat yang menghalang kemajuan negara.

Umno/BN
terjebak dalam lubuk keji ini dan mereka sendiri tidak mampu mencari
jalan keluar, apa lagi membawa rakyat keluar.Sebagai alternatif, kita
punya seorang pemimpin yang berani, bertanggungjawab, berprinsip dan
mempunyai jiwa pembela rakyat.
2 comments:
kematian itu membawa dua maksud yang tersirat:
Bagi kematian sorang yang baik baik ia adalah rahmat pada si mati dan pada yang masih hidup suatu kehilangan besar pada manusia yang masih hidup
Bai kematian orang yang paling jahat, rendah moralnya, buruk kata kata penuh degan putar belit dan menipu dngan imej ulamak yang umo panjang tapi sia sia perjuanganya ia adalah rahmat pada manusia yang masih hidup bila dia dia mampos nnati......
DHM pun org anuar.. dia jadi dun joseh dulu pun nuar yg tolong.. DHM meraung jumpa nuar di KL time tu.. minta kusi dun joseh.. sekarang ni DHM nk jadi hero.. harap2 DHM jgn lupo asal usul... Jgn lupo diri.. Umur dah tuo.. Kubur kata mari....
Post a Comment