Thursday, December 1, 2011

KOKOK BERDERAI-DERAI , EKOR BERGELUMANG TAHI .

Nak tunjuk aurat ke urat ?


NAK termuntah pun ada , apa lagi perasaan loya yang timbul bila mengikuti perhimpunan umngok semalam .

Satu cara , satu tradisi dan satu pendekatan yang serupa , tidak ada perubahan , tidak wujud tranformasi dan tidak ada tanda-tanda bahawa umngok dan pemimpinnya benar-benar insaf sebalinya masih mempamerkan sifat angkuh dan sombong mereka sahaja .

Lihatlah , dengan angkuhnya dan mendabik dada mereka memuji diri bak kata Sharizat , senyuman yang meleret mengeluarkan amaran dan ancaman kepada pihak lain khususnya pembangkang yang mengaitkan beliau dengan nfc , sebelum itu muhyiddin pula mengeluarkan amaran tentang bahayanya dap sementara amat maslan pulak mentafsirkan jika umngok kalah dan tidak lagi dapat memerintah , maka kuasa melayu akan hilang .

Apa lagi KJ dan puteri , beriya-iya menayangkan taring masing-masing tetapi bagaimana kita nak percaya kalau sekadar berkokok dalam gelanggang sendiri dan kemudiannya diberikan tepukan oleh suku sakat kita aje .

Kok benar-benar berani , berkokok lah bersama ayam jantan yang lain , berlaga lah secara profesyional , buktikan dakwaan secara hujah bukan tuduhan semborono , wal hal sebelum ini paneh miang dan sakmongkol ak47 telah mengeluarkan pandangan yang sama .

Ayar power ialah jangan bentes kaki kawan yang terpilih sebagai calun , mengulangi apa yang muhyiddin dah kata atau sekurang-kurangnya jangan jadikan keciwa dalam diri sahingga memusnahkan parti .

Sebenarnya , umngok sedang mereput , mereput dari dalam , dalam kes ini jika kita tidak tahu kita sedang mereput , itu soal lain tetapi yang menjadi pokoknya utamanya ialah umngok mereput dalam kesedaran mereka tetapi tidak mahu mengakui hakikat sebaliknya menyalahkan orang lain dan memberikan amaran saolah-olah mereka masih gagah , kuat , bertenaga dan diterima orang .

Alahai umngok , bill perhimpunan aman adalah satu bukti bagaimana pereputan itu sedang berfungsi , sudah lah kata tidak dikotakan , janji tidak ditunaikan dan keyakinan rakyat semakin menghakis , diluluskan bill perhimpunan aman menjadikan luka yang sedia ada makin parah dan bernanah

Jika tidak tertahan nanti , satu cara yang terbaiklah mengerat kaki dari membiarkan nanah itu merebak sahingga memusnahkan seluruh badan , jadi adalah lebih baik umgok diketepikan semasa pru nanti daripada melihat kehancuran negara oleh generasi kepimpinan umgok yang sedang di pertikaikan dan diperhatikan tindak tanduknya .

Negara ini bukan umngok yang punya , rakyat 28 juta yang punya dan kira-kira 15 juta adalah pengundi yang menentukan arah haluan pemerintah .

Jangan termakan momokan umngok kerana orang yang dah nazak biasanya memang sedang meracau dan bercakap tidak tentu arah apa lagi kalau bersaing dengan perkosa yang yang cuba menjadi jaguh kepuanan melayu bagi menggantikan umngok .

Entah apa pulak amaran najib hari ini , kita tunggu aje , mungkin lebih hebat lagi , tetapi bersih 3 khabarnya sedang dirangka dan kali ini khabarnya juga disusun khusus untuk bill perhimpunan aman .



PP - timbang-timbang nak ikut ke tidak bersih 3

No comments: