Thursday, October 13, 2011

PRU , BILAKAH KAU DATANG SAYANG ....

RAMAI yang tak sabar menunggu pilihanraya umum ke 13 yang akan muncul seawalnya dijangkakan pertengah februari tahun hadapan kerana keputusan pru itu bukan sahaja menjadi titik penentu kepada umngok tetapi juga kepada pakatan rakyat .

Apakah selama ini , rakyat memang benar-benar berpihak kepada pakatan rakyat atau ianya semata-mata retorik kemarahan saorang isteri kerana hajat tidak ditunaikan tetapi apabila sang suami memujuk rayu dengan kata-kata manis dan cumbuan serta hadiah gula-gula , terus cair kemarahan itu dan kembali mengundi umngok .

Umngok memang bersedia untuk itu , lihat sahaja budget 2012 dimana dipenuhi dengan janji-janji manis yang sukar untuk ditolak .

Tetapi apakah bantuan secara one off itu memadai untuk kesukaran yang kita rasai selama ini dan kita akan menderita lagi untuk tempoh lima tahun akan datang ?

Besar benarkah bantuan rm 500 itu atau setengah bulan bonus bagi kakitangan awam sedangkan wang sebanyak itu , tidak pun mampu untuk membeli satu tv skrin rata 40 inci .

Jadi apa faedahnya jika kita tertipu dengan gua-gula budget itu atau pun haruskah kita amenaruh harapan kepada pakatan rakyat sedangkan sebelum mereka berkuasa pun , mereka dah berani ponteng ke parlimen .

Jika tugas sebagai ahli parlimen boleh diabaikan sebelum pun berkuasa , apa agaknya yang akan terjadi jika mereka-mereka ini diberikan kuasa ?.

Tetapi kadang kala mengharap sesuatu yang belum pasti adalah lebih baik kerana keputusannya ada dua kemungkinan iaitu berjaya atau gagal tetapi sekiranya kita sudah tahu bahawa nasib kita salepas pru ini akan lebih teruk lagi , buat apa kita menaruh harapan lagi dengan umngok .

Di Johol dah macam anak ayam kehilangan ibu . sejak ybnya meninggal dunia , kawasan itu dah tak ada yb lagi , yang ada cuma yang tanggung kerja sedangkan samad ibrahim pernah merugut bahawa beliau terpaksa menjaga kawasan seri menanti , kemudian kawasan ampangan dan sekarang terpaksa pulak menjadi bapa angkat kepada rakyat kawasan johol .

Rakyat Johol tak sabar nak berwakil rakyatkan wakil rakyat yang baru kerana sudah serik apabila wakil rakyat sakit   tugas juga menjadi sakit dan terabai .

Hujung minggu ini , di Air Mawang satu ceramah perdana akan diaddakan dan kita lihatlah ramainya orang Johol akan keluar termasuk mereka yang datang dari Melaka , Johor dan Selangor .

Tak percaya , orang umngok pun ramai , abang achin dan hamzah pasti akan ada dikalangan mereka walaupun mungkin undi abang achin tentunya pada umngok tetapi setidaknya-tidaknya , abang achin sudah berani berada mendengar ceramah pr macam di Seri Pilah lalu .


PP - rasanya tidak kurang 2,000 ke  3,000 akan hadir di Air Mawang nanti .




No comments: