Friday, October 14, 2011

KK YANG JAGA TAPI RABUN ?

PP dah postkan satu komen pada posting KK dalam blognya , bagi PP , KK budak baik , ada potensi untuk maju tetapi kerana terbawa-bawa dengan idealisma yang tidak tentu arah atau cacamerba , maka KK jadi macam kera sumbang .

Sahabat lamanya Samad Ibrahim dah jadi exco sekarang , Mukriz yang dibawa sakan ke Kopilah dah berjaya jadi Timbalan Menteri dan dan beberapa rakan baiknya saperti Nasarudin di Tampin dah dapat title Dato dan berjawatan Timbalan Ketua , KK habuk pun tak dak .

Puncanya mudah , KK rasa dia hebat , pernah menang AJK pemuda dengan undi tertinggi , kemudian menang pulak AJK bahagian juga dengan undi yang memberansangkan , maka petunjuk itu digunakan untuk meningkat naik sedangkan pengaruhnya hanya setakat kail sejengkal .

Bila bertanding naib ketua bahagian dengan Aruah Sulan , terus ruyup dan hilang entah kemana , yang ada blog aje , orangnya entah tinggal dimana , nak jumpa memang susah dan nak tengok cerita dan gambar mudah walaupun tulisannya kadang kala bagus tetapi kebanyakannya memualkan .

Macam Aspan dulu , berapa kali nama Aspan naik nak jadi calun di Seri Menanti , tetapi setiap kali nama naik , setiap kali itu juga ada yang menarik kakinya , akhirnya usia meningkat dan Aspan sekarang menjadi orang yang matang .

Tulisannya bagus , ideanya bernas walaupun sekali dua ada juga tulisan Aspan yang mebodek dirinya sendiri .

KK kalau berpendirian macam Aspan sekarang , KK boleh berjaya kerana di Kopilah , perubahan perlu dibuat , kroni terlalu teruk , kalau baik dan ikut cakap Mail macam Anan , ada chance jadi calun , kalau tidak , guna kabel lain lah , dan kalau nak menang dalam pemilihan bahagian setakat kedudukan KK dan kemampuan KK untuk meraih undi dan sokongan , rentikan lah KK nak menang .
KK kena ada group dan semestinya group itu yang dipimpin oleh KK atau sekutunya adalah orang yang berpengaruh , ada keberanian menentang Mail dan ada ketokohan untuk menumbangkan legasi Mail , jika tidak jangan haraplah .

Nak berjaya di Kopilah , RM mesti banyak , nak buat kerja perlukan duit , nak suruh arah orang perlukan RM dan nak di dengar cakap , hujah serta pandangan  perlukan RM juga .

Sanggupkah KK menggadaikan sekolah swastanya untuk tujuan itu , jika tidak , sepuloh tahun lagipun , belum ada yang mampu menewaskan Mail , harapkan Asan , rentikan lah , teguh aja kedudukannya , tinggallah orang lain dibelakangnya .

Bukan nak mengajar KK tetapi setakat berpolitik tahap bahagian PP pun ada pengelaman cuma PP dapat merasakan bahawa KK kalut dengan persepsi sendiri , merasakan gagah sedangkan sokongan untuk KK boleh dikira dengan hanya jari tangan aje .

Lagi satu , KK tanyalah orang Kopilah , berapa banyak yang baca idea dan pandangan KK berbanding dengan Aspan sekarang ini ? Jika tidak KK syok sendirilah .

Ada tak PP lah , itu pun sekali sekala aje .

Lagi satu sebagai rakan , PP harap KK tudinglah jari tu ke diri sendiri dan ke parti sendiri lepas tu barulah menyalakanh parti lawan .

Kalau KK tidak percaya , PRU ke 13 nanti , sekurang-kurangnya 1 kerusi di Kopilah terlepas ketangan PR , angin dah ada , petunjuk dah tiba cuma masa yang menentukannya .

Dimana ? KK sebagai penganalisa politik tersohor di Kopilah tak kan tak tahu , atau sekurang-kurangnya tanya Aspan , abang sendiri walaupun nama bapa agak berbeda sadikit .


PP - selagi umngok tak berubah , PP tidak akan berenti mengubahnya .

No comments: