Monday, September 26, 2011

GUA ISLAM BEB !

APA guna menjadi orang Islam , jika hanya pada nama sahaja yang ada gambaran itu ataupun melalui slogan , melayu itu Islam , Islam itu melayu .

Untuk menjadi orang Islam , amat mudah , lafazkan ucapan dua kalimah syahadah samaada melalui mulut atau perbuatan bagi yang bisu , maka jadilah kita orang Islam dan kalau dinegara ini , dipanggil muallaf atau saudara baru .

Hakikatnya , mereka yang Islam ialah yang mematuhi dua rukun iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman dimana Rukun Islam lima perkara dan Rukun Iman , pula enam perkara .

Elok PP terangkan sikit , dalam lima perkara Rukun Islam iaitu semuanya wajib iaitu mengucap dua kalimah syahadah , sembahyang , puasa , zakat dan menunaikan haji .

Manakala Rukun  Iman pula ialah percaya kepada Tuhan yakni Allah , percaya kepada Rasul ,percaya kepada malaikat ,   percaya kepada kitab , percaya kepada hari akhirat , percaya kepada qada dan qadar .

Tunjang kepada semuanya ialah Al Quran dan hadis , tetapi jika sekadar mengakui sahaja tetapi tidak mahu melaksanakannya jika berpeluang untuk berbuat begitu , apa maknanya tu .

Kadang kala tanpa sedar kita menjadi oranag munafik yang paling besar kerana apa yang dikatakan tidak boleh dipercayai dan berdolak dalik .

Percaya kepada hukum Tuhan tetapi tidak mahu mengikuti hukum Tuhan , malahan jika melakukannya pun sekadar untuk mengambil hati hadirin atau sekadar melepaskan batuk ditangga .

Percaya kah kita bahawa umat Islam di negara ini benar-benar percaya bahawa anjing dana babi serta yang sewaktu dengannya benar-benar haram dan dipanggil najis mugalzah .

Apa yang berlaku ialah umat Islam telah di tanamkan dalam benak mereka babi dan anjing haram , maka itu umat Islam jijik memakannya tetapi masih ada yang bangga memegang dan memelihara anjing sebagai binatang perhiasan .

Begitu lah , jika berpeluang melakukannya , mengapa tidak mengambil peluang itu untuk melaksanakan hukum Tuhan , jangan satelah tidak ada upaya lagi macam mantan pi emm , baru beriya-iya nak suruh orang lain lakukannya .

Kenapa Islam yang universal dan dilaksanakan dengan hujah hanya mengambil pendekatan menghukum tetapi pendekatan yang lebih baik iaitu melaksanakannya dengan reda tidak diambil sebagai jalan mudah .

Mudah aje bhai , kerana kita Islam baka dan Islam baka lebih hebat dari Islam sahabat baru atau muallaf , dan sebab itu tidak ramai yang hebat berbanding muallaaf yang baru setahun dua memelok Islam .

Tunjangnya , kita Islam disebabkan baka kita Islam dan nama kita juga ada unsur yang menggambarkan kita Islam .



PP - kalau nama kita Nobita Conan , agak-agak Islam tak ......

No comments: