SEJUK rasa hati sikit bila spr mengakui banyak perkara , kalau tak tu , sentiasa madah berhelah aje .
Mula dulu nak pakai dakwat , kemudian tak jadi pulak , dakwat dah beli berjuta-juta dan kemudiannya nak guna biometrik tetapi akhirnya , mengalah sendiri dan mengakui bahawa sistem dakwat kekal , paling berkesan , murah dan mudah dikendalikan .
Mungkin kerana belum jumpa thinner yang boleh menghilangkan dakwat itu dengan mudah menyebabkan mereka terpaksa berdolak dalik maklumlah , seminggu jari bertanda, semayang macamana agaknya .
Tapi memang dah terbiasa madah berhelah , dalam mengaku pun sentiasa nak berhelah , sekarang di Selangor , nak daftar kena bagi mykad fotostat , sebenarnya dah lama arahan itu cuma dibuat dan di gubal tetapi tidak hendak digunapakai aje .
Tapi wahai spr , kalau setakat mykad fotostat boleh percaya ke , pembangkang kan ke pandai , tentu boleh fotostat berulang kali , ubah nama , ubah no mykad , ubah gambar dan macam-macam lagi .
Siapa nak tentusahkan my kad yang di fotostat itu tulin ?
Kan lebih mudah hanya ada satu badan saja yang daftar iaitu Jabatan Pendaftaran Negara .
Pakai saja daftar JPN dan mereka yang ada dalam daftar tu , boleh mengundi jika berumur 21 tahun kerana setakat ini daftar JPN lebih diyakini .
Tak payah spr nak susah-susah lagi pun kalau ada daftar dua kali ke , daftar klon ke , daftar pati atau pr , senang sahaja spr mengalihkan dakwaan itu kepada jpn .
Kenapa nak cari susah sedangkan ada cara yang senang ?
PP - susah pada kita adalah senang pada SPR .
No comments:
Post a Comment