Monday, August 15, 2011

PILAH BERMASALAH ?

MAMPU kah Be End mahupun kalau anan  di kekalkan , mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 2008 jika kedudukan semasa diambil kira .

Dengan masalah cah keting dikalangan umngok sendiri , ramainya calun yang berminat dan peluang untuk partai  orang cina membalas dendam kerana sejak dulu hasrat melihat wakil mereka berada di salah satu kerusi di Kopilah sering tak kesampaian dan dihalang oleh umngok .

Anan dikatakan sombong , tidak mempedulikan soal sempadan tanah dan status geran di taman pilah , sering berhelah apabila diminta sokongan dan sentiasa terlindung di belakang mail dalam membuat keputusan .

Pertama kalinya dap berjaya mengintai kerusi pilah dan jika pertukaran kerusi dengan pkr menjadi kenyataan , apakah undi bukan melayu yang menjadi teras kekuatan kepada anan akan dapat di rebut kembali .

Walaupun tidak dikatakan mustahil tetapi secara mudahnya , anan akan kehilangan 80 peratus undi bukan melayu menakala melayu pula telah berpecah dan anan hanya mungkin mendapat antara 55 hingga 58 peratus sahaja .

Jika itu keadaannya , maknanya BN akan jadi be end dalam pru akan datang .

Lagi pun bagaimana idin , kamel dan jimmy boleh goyang kaki melihat sahaja anan menang kerana mereka bertiga adalah saingan terkuat kepada anan sendiri .

Jika anan tidak terpilih , pakah penggantinya mampu untuk menang ?

Tentu tidak kerana be end sekarang di penghujung hayatnya , tunggu masa sahaja lagi .


PP - bagaimana ramainya kalangan umngok sendiri yang tidak lagi berupaya untuk menyokong anan kekal disitu malahan berebut-rebut nak kan kerusi anan , biarkan-biarkan , macam luncai terjun dengan labunya .

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan punyo blog,,,
den tengok Pokan PILAH tu pun mcm tu yo sojak dulu2 lg??? Tkdo apo2 kemajuan pun?? Dulu kini dan sampai bilo2 mcm tu yo ko?he,hee,,