Wednesday, August 17, 2011

KOPILAH POKAN LAMO ?

MENGULAS isu yang dibangkitkan saorang  penjenguk di blog ini , PP maklumkan sejak merdeka , tidak banyak perubahan yang dilakukan di pekan kopilah .

Stesen basnya masih disitu cuma rupanya berubah sikit berbanding apa yang terdapat dalam filem tunang tok dukun , gerai menjual buahnya masih disitu , jalanya masih sebesar jalan yang lama , bangunan usangnya , masih macam itu cuma kalau ada pun , masjid jamik telah dibina bangunan baru dan lake garden telah bertukar menjadi taman pilah perdana .

Tidak kurang hebatnya pemimpin yang dilahirkan di Kopilah , MB ada Mansor Othman , menteri Samad Idris dan Kak Ngah yang sombong dan bongkak , exco jangan kiralah , berlambak-lambak dan wakil rakyat baik yang sepenggal , dua penggal atau lima enam penggal pun ramai .

Senator yang pandai rembat pun ada , apa yang tidak cukup lagi kecuali satu , bagaimana nak jadi jujur dan berjuang untuk kepentingan rakyat .

Tapi apa dah jadi dengan pokon Kopilah , pi mai pi mai tang tu jugak , masing-masing tak beriya-iya nak majukan pokan kocik ini kerana peluang untuk rembat kakayaan , kocik bonar .

Tanah kerajaan tak ada lai , ada bersebelahan dengan bank bsn dah di lopehkan kepada cina , tanah di lake garden dan bagi kepada pemaju pilah perdana , yang tinggal tak seberapa jadi kerana untung tak banyak , kerja pulak bertimbun , baik buat tak nampak aje .

Padang ulu muar , dah pun di serahakan kepada syarikat tertentu tapi masih tak nampak bayangan nak dibangunkan , entah apa kedudukan , tidak siapa yang tahu .

Dulu , masa razak esfino jadi pegawai daerah , bukana main ghairah bercakap dengan orang kampungnya di gemetir , akan ubah wajah kopilah , tapi hampeh , habuk pun tadak .

Macam malaikat nak buat itu ini , tapi akhirnya cakap tak serupa bikin , mail apa lagi lah , masa mula jadi ketua bahagian salepas menang dengan abu zahar , bukan main hebatnya perancangan nak bangunkan kopilah tapi salepas dikencingkan dengan jawatan pengerusi be end yang dipegang asan , teruk lombik .

Tanyalah mail , berapa kali mail , razi , sulan dan anan hadir mesyuarat be end kopilah , ada tak ada hanya asan , samad dan pemimpin be end lain yang hadirkan diri sedangkan mereka kocut porut kerana malu , asan lebih tinggi kedudukan dari mail yang gilo babi bertanding dengan zahar untuk dapekkan jawatan ketua tapi akhirnya asan yang berkuasa .

Tanyo pulak asan , bagaimana dengan tapak tanak kerajaan disimpang juasseh - batu kikir , dah dipindahkan ke namo sapo begitu juga tapak rizab balairaya di parit tinggi , agak-agak lah , siapa yang dah cilok tanah tu .

Kalau boleh ditanyolah , bangunan pejabat tompek asan buek pejabat sekarang siapa pemiliknya ?

Boleh percayoko  kalau tanah itu milik mail barliar sedangkan nak bina bangunan tu , khabarnya memakan berjuta-juta ringgit .

Banyak daki , kudis dan nanak yang berselaput di badan mereka yang bergolar pemimpin ini , dah lama dah mereka bergelumang dalam kemewahan atas keyakinan kita bahawa mereka saorang pejuang tulin , cukuplah tu , biar kali ini rakyat yang tontukan bahawa pembangunan kopilah mereka yang rancang, kodokut  nak mampos sampaikan asan pun dia orang panggil asan kepiting .


PP - rancang bagaimana enam pemimpin ini boleh makan pencen pulak .

1 comment:

Anonymous said...

Salam Tuan Punyo Blog,,,
Dengan posting Tuan yg terbaru ni mengesahkan andaian Den Pokan Pilah dulu,kini dan mgkn sampai bilo2 pokan pilah duk masih tersergam bangunan KARAT lg lah yo,,samo KARAT dengan OTAK orang2 UMPORNO@UMNONGOK.Hee,,Hee,, Mintak maaf la Tuan kok Den terlobih cakap pulak kek sini,tapi Tuan dh buek pengesahan,,Yolah tu kot.
Kalau boleh biar diaorang semuo tu TAKDO Pencen lg bagus tuan,,,Tondang yo terus,,ha,ha,haaa,,,