Projek cable car yang entah bila nak dilaksanakan ... |
SEMASA PP berkunjung ke Kepong kerana menghadiri rumah kenduri saudara PP , PP singgah di Batu Cave , sengaja nak jalan-jalan dan terpandang papan tanda diatas .
PP pun melilaulah cari mana projek kereta cable yang dijanjikan akan dibuat itu , sampai berpeluh ketiak , jangankan jumpa tapak projek tersebut , sebatang kayu yang menandakan projek itu sedangkan berjalan pun tak terjumpa , yang ada hanya papan tanda yang dah nak reput .
Nampak gayanya , kena tunggu lagi enam bulanlah baru projek itu dilaksanakan , itu pun kalau Barang Naik menang , kalau tak nampaknya terpaksalah penganut hindu menapak kuil batu cave yang mempunyai ratusan anak tangga itu .
Sejak dilancarkan , tiada apa-apa tindakan susulan , papan tanda pun kayu papan lapis aje , kena hujan dan panas mulalah melengkung dan terkopek , kalau macam tu , boleh ke percaya dengan janji yang dibuat .
Patutlah pun batu cave dimenangi PR kerana ada janji yang dibuat pun tak ditunaikan , kan lebih elok kalau bukan setakat batu cave aje PR menang ?
PP - jangan kat masjid pun ada janji yang tak ditunaikan ?
No comments:
Post a Comment