Tuesday, June 7, 2011

GILA TALAK

DULU bila benci , tak suka bukan main samseng sekali , henyak kuat-kuat dan terajang keluar , lepas tu ceraikan dengan talak tiga .

Sekarang bila dah berumur , cakap pun dah meraban , mata pun dah kuyu dan muka pun mula herot , mula lah nak rujuk semula janda lama maklumlah makin lama janda tu makin ramai peminat , makin bergaya dan paling utama janda tu bakal memancing kerusi yang lebih empuk daripada kerusi yang dipunyai sekarang .

Bermacam-macam cara dilakukan untuk memujuk janda tu balik semula , kata demi anak lah , demi harta lah , demi kampung lah dan akhir sekali demi agama semata-mata nak bersatu dengan jandanya semula dan dapat mengkontrol semula rumah pusaka yang dimilikinya walaupun  dah lima puloh tahun berkuasa atas rumah itu .

Muka tak tahu malu , tuduh pulak orang lain menghasut , tuduh jiran suka mengintai dan tuduh ah chong dan ramasamy sengaja nak menggunakan kecantikan jandanya .

Apalah punya laki opp bekas laki , muka tembok , tak tahu malu , ada hati nak mengurat janda sendiri yang dah dicerai talak tiga semata-mata nak berkuasa  , nampak benar bekas laki tu dah GILA TALAK .

Orang kalau dah gila talak , semuanya dia nampak indah pada jandanya tapi bila dah dapat nanti sepak terajang dan penampar maut singgah lah semula .

Nasib baik ada mat sabu yang menyedarkan bahawa bekas laki itu sebenar tengah angau dan mamai nak berkuasa lama dan nak menunjuk kuat sedangkan , dalam hati , takutnya kehilangan kuasa Allah saja yang tahu .

Maklumlah , dah banyak buat salah pada jandanya dan orang disekeliling , mulalah takut pembalasan dan terbayang hukuan hudud yang bakal dikenakan , tidur tak lena tapi sapu tetap buat juga .

Terpulang lah pada rakyat untuk menilai si laki gila talak ini , nak sokong balik ke tidak , tetapi yang  si bini jandanya dah putus kata , tak nak rujuk semula , dah ada kawan baru yang lebih di percayai dan senasib pula .

Katanya , pru nanti , nak kahwin secara besar-besaran supaya bekas lakinya terus mengelamun sakan sampai jadi bengong dan bengap .

Kita tunggu ajelah majlis tu ...



PP - siapa agaknya silaki gatal tu , entah-entah umPORno tak ?

2 comments:

Anonymous said...

yang penting,anak2 dancucu cicit serta harta tidak berpindah kpd mata sepet dan kulit gagak



sukakahwin4

Anonymous said...

demi agama, anak2, cucu cicit dan harta (walaupon sedikit) rujuklah.lidah lagi tergigit



keluarga69