PP pun terasa hati juga bila ada pihak yang mempersendakan orang lain yang menerima musibah dan menganggapnya sebagai gurauan sedangkan , dipihak yang menerima musibah itu , berlaku kerosakan , kematian dan kemalangan yang amat dhsyat sekali .
Tidak terbayangkah di hati pelukis karikatur di akhbar itu bahawa , ada mayat-mayat yang rentung , membusuk dan menyayatkan hati mereka yang melihatnya apa lagi kalau mayat itu adalah salah saorang saudara kita .
Tapi , disini ada yang menjadikannya sebagai satu isu kelakar , yang menggelikan hati dan boleh menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak disebabkan kartun itu menyindir negara yang terkenal hebat itu .
Begitu kah budaya kita ?
Patutlah PP lihat , banyak karikatur yang sengaja dibuat bagi menyindir dan memalukan tokoh tertentu bagi menambah siksa mereka yang membacanya terutamanya tokoh politik pembangkang .
Kita wajar memberi pelajaran kepada akhbar itu dan pelukisnya , PP pun dah lama tak beli dan baca akhbar tersebut , yang lain bagaaimana ?
Mulakan lah dari sekarang , tak hairanlah kalau akhbar itu makin merosot penmgaruh dan jualannya kerana mereka sebenarnya tidak peka , tetapi pekak .
Maaf sahaja tak cukup , hukuman mesti dikenakan juga termasuk kepada pelukisnya , pecat !!!!!!!!
PP - kredibiliti menunjukan bukti
No comments:
Post a Comment