Tuesday, December 28, 2010

TENANG TIDAK LAGI TENANG

SIAPA kata Tenang di Labis , Johor boleh tenang  sekarang .

Sekarang , pengundi dan penduduk Tenang menjadi macam emas , di cari , dibujuk , digilai dan diumpan dengan bermacam-macam janji yang ditunaikan semacam memetik jari semata-mata kerana mahukan undi yang ada ditangan mereka .

UBN tentunya mahukan kemenangan , kekalahan macam menggali kubur sendiri kerana pengaruh umngok disitu memang kuat sejak dulu lagi , kalau kalah ditempat yang kuat , apa jadi dengan tempat yang lemah macam di Muar ?

Lagi pun  kawasan itu tinggalan Dato Sulaiman Taha , bekas setiausaha pemuda umngok semasa Najib jadi ketua , dalam kata lain , kalau dikawasan bekas orang kuat Najib pun kalah , alamatnya , macam PRU ke 13 terlepas dari gengaman walaupun hakikatnya mungkin bukan sebegitu .

Mungkin cikgu Haji Usop Dhani yang sekarang tinggal di Seremban , dapat memberitahu orang ramai , bagaimana kuatnya pengaruh umngok disana .

Maklumlah cikgu Haji Usof bekas orang kuat Sulaiman Taha dan walaupun dah bermastautin di Seremban , pandangan beliau masih berbisa lagi .

Biarpun ramai yang meramalkan UBN akan memang , biar PP mula mengesahkan bahawa jika kena isunya , umngok akan berputih mata .

PP - dah lama tidur di Labis

No comments: