Thursday, January 28, 2010

LOBI KERUSI JOHOL

Banyak meramalkan PRU ke 13 nanti , kerudi DUN Johol akan beralih tangan .

Wakil rakyat sekarang , sejak sakit , jarang kelihatan di kelayak ramai .

Khabarnya dah agak pulih tetapi itu tidak mencukupi kerana yang rakyat mahu ialah wakil rakyat yang sihat trang tang tang .

Oleh kerana kerusi itu milek UBN , maka yang sibuk nak gantikan calun baru tentulah dari parti itu .

Parlimen kedai kopi di KP sibuk melihat siapa yang tokoh yang layak , adalah satu dua nama .

Antaranya Cikgu Chaah , Shamsul , Ketua cawangan Renggoh , Ketua cawangan Padang Jual tetapi yang paling kuat kehulu kehilir sekarang ini , dari kawasan bekas wakil rakyat , Dato Darus Salim Bulin .

Kejap dengan Mail , kejap tu pulak dengan Asan , kemudian ke Seremban dan dah mula main KL .

PRU lambat lagi tetapi tindakan mesti dibuat sekarang , tak macam Cikgu Chaah yang dah senyap kerana dah jadi Cikgu Besar .

Pokok nya jangan berebut sama sendiri , nanti yang dikejar tak dapat , yang dikendung pulak berciciran .

Anan pun goyah nampaknya , PR tengah intai dan percayalah , ada spy PR di parlimen kedai kopi bawah pejabat Umno bahagian tu .


PP - spy-spy tak main lah

4 comments:

Anonymous said...

Bertandinglah seramai mungkin, kalu boleh semua pengundi Johol dan Rakyat N9 jadi calon. Apa susah bayar deposit, jadi calonlah.Apa kira parti,janji jadi calon. Bukan ada peraturan mesti jadi ahli parti baru boleh jadi calon.Johol bukan siapa2 punya. PP silakan bertanding, bebas ke,PKR ke, DAP ke, PAS ke, PSRM ke,yang utama jadi calon.Nanti kempenlah kehulu kehilir.Saya tak sabar nak pangkah PP di peti undi Pekan Johol. Kepada Cikgu Chaah, cikgu calon nombor wahid BN, Cina dan India Johol support 100% cikgu.Kalu BN tak kasi bertanding jugak, jgn kira apa parti, bebas pun layan. Jangan parti arcopal dah lah, ini bisnes punya parti.

Anonymous said...

PP,ekau sobonar e buto mato dan buto hati. ko pun jarang turun Pilah. tu sobab tak tau perkembangan. wakil rakyat Johol tu dah sihat macam biasa. semua program di Johol, dia dapat hadir. boleh katokan 2 kali sehari keluar berita dalam SINAR HARIAN. cumo ko tak baco sobab sibuk baco harakah jo. PRU 13 nanti, dia akan bertanding lagi. kalau PP berhajat nak lawan dio, sila la datang ke Johol bertanding. pilihlah apa-apa parti yang PP suka untuk lawan dia. aku jamin 100%, PP mesti kalah sebab PP cuma cakap banyak, tapi takde buat apa-apa. samalah seperti pemimpin-pemimpin PKR dan PAS.

Anonymous said...

CONFIRM TAKKAN PUBLISH PUNYO, SOBAB PP PENGECUT...tak menyebelahi PP...
PP, ko sebenarnya tin kosong saja. apalah sumbangan kau kat K.Pilah selama ini. orang Pilah pun tak berapa kenal kau. kau asyik-asyik komen Mail Lasim, Razi, Anan, dan Sulan. kalau nak bandingkan, diorang itu dengan ekau jauh sangat bezanya macam langit dengan bumi.kurang-kurang pun, diorang banyak juga jasanya kepada orang K. Pilah berbanding dengan ekau mengomen sana sini tapi satu sen tak guna. lain kali cermin lah diri sendiri dulu sebelum mengata orang.

Anonymous said...

Dalam ramai2 nak jadi calon PRU13 di Johol nanti cikgu Chaah yang paling layak sebab dia orang paling senior dalam politik di Johol. Pernah jadi ketua pemuda bahagian, lama jadi ajk bahagian dan selalu jadi perwakilan ke KL. Dia pun disukai oleh semua kaum terutama kaum cina air mawang. Tentu lebih mudah dia menang. Silap-silap nanti boleh menang tak bertanding. Yang lain baru lagi dlm politik. Samsul pulak dah pernah silap langkah. Ketua cawangan renggoh jarang balik kampung, Jalil malan masih muda dan baru dlm politik tapi mungkin ada peluang jugak kalau pandai lobi dan sokongan kuat tok asan. Yang lain tu usaha lah kuat-kuan. PRU13 ni lebih mencabar lagi