KHABAR nya kemenangan besar Isa di Bagan Pinang menyebabkan orang-orang Isa bersorak sakan .
Mereka dah jangka Isa akan menang tapi bila menang besar sangat , macam luar jangka , maknanya pasti ada yang tak kena .
Mungkin kerana Isa pepulor sangat atau jentera bekerja bagus sangat , atau UBN dah diterima sangat-sangat oleh pengundi atau pun kerana protes sangat oleh pengundi terhadap Pas ?
Semuanya boleh dijadikan modal politik .
Tapi yang nyawa-nyawa ikan dibeberapa tempat pun dah elok kembali nafas mereka .
Maklumlah Umno dah hilang badi kalah dan sekarang apa takut , rakyat dan pengundi dah terima semula UBN , berlagak balik pun dah tak apa lagi .
Tak caya , tengok saja perhimpunan Umno minggu ini , kalau tak melambung-melambung cakap mereka terutamanya samseng yang kena pukul tu , bukan main sihat bila keluar di TV dengan big bossnya .
Bohong sunat nak menang PRK lah tu , memang begitu tebiat gerombolan tersebut .
Johol dan Palong tak jadi kosong ke ?
Dah menang ni elok lah kosongkan cepat .
PP - dah gian nak tanding parti baru makkal sakti
No comments:
Post a Comment