Thursday, October 8, 2009

SUNGAI LUI BAKAL DAPAT CALON BARU ?

BAGAIMANA saorang pegawai felda di Jempol , yang sebelum ini bekas penghulu beriya-iya mewar-warkan bahawa beliau telah menerima mesej dari pihak atasan , supaya bersedia kerana beliau akan menggantikan tempat wakil rakyat Sungai Lui sekarang samaada melalui PRK atau PRU nanti .

Pelik tapi benar , begitu lah apa yang berlaku , pelik kerana tak ada angin , tak ada ribut , tiba-tiba kawan tu berkata dia bakal calun .

Hebat sangat ke dia ?

Adun sekarang adalah saorang yang bergelar , berkedudukan baik dalam kepimpinan Umno bahagian dan mendapat sokongan padu ketua bahagian Dato Rais Yatim .

Tambahan lagi , beliau masih segar bugar , tidak ada tanda beliau sedang bergelut dengan penyakit dan sokongan pengundi kepada YB ini juga baik , jadi tak ada sebab untuk melagukan lagu baru .

Tak tahu lah kalau kawan kita pegawai felda itu nak bertanding sebagai calun pembangkang dan dan rasa boleh menang kerana mempunyai pengaruh kuat bertanding dikawasan yang dikeliling penduduk felda .

Agaknya kawan saorang ini lupa , YB tersebut adalah peneroka felda , tak kan peneroka felda nak undi pegawai yang baru setahun dua duduk dalam felda dengan mereka yang bersama-sama felda sejak pulohan tahun lalu .

Isu yang diketengahkannya ialah beliau berpendidikan universiti sementara YB pula sekadar sijil biasa saja .

Felda juga kena tenguk perkara ini kerana sikap kawan kita ini yang mewar-warkan dirinya boleh merosakan kekuatan sokongan pengundi kepada UBN tambahan lagi nama DSN juga turut di bawanya bersama .

Tak ada pulak peneroka felda yang bercerita tapi kalau kawan ini memberitahu rakan-rakannya siap dengan perancangannya sekali bahawa pengaruh YB tersebut dah luntur , arahan tertinggi dah dikeluarkan kepadanya supaya bersedia dan mendekati pengundi kawasan itu dan macam-macam lagi .

PP takut berita itu sekadar diada-adakan saja untuk menonjolkan diri tetapi sebenarnya habuk pun tarak dan yang bermasalah nanti YB dan kepimpinan bahagian .

Jenguk-jenguk lah YB isu ini kerana penduduk Sungai Lui masih memerlukan YB .


PP - tak kenal sangat peribadinya cuma kenal sangat kelakuan kawan kita ini .

No comments: