Thursday, August 20, 2009

PEMUDA KP TIADA UMPP...

MALANG sekali , pemimpin nya berkualiti , berpendidikan tinggi , berjawatan dan biarpun baru setahun jagung tetapi kelihatan amat berpotensi untuk maju tambahan lagi bila ada tangan yang memangkunya .

Tapi pergerakan yang dipimpinnya kelihatan amat lembik , tiada bernafsu , tidak berselera dan tidak mendapat sambutan .

Naibnya juga berkelayakan tinggi , khabarnya kerana setanding , kurang digemari maklumlah boleh menggugat kedudukan sendiri .

Hari ini , orang tak gerun lagi dengan pemuda KP , masa Mail jadi ketua , hebat juga lah sampai Mail boleh membina kedudukan dan mampu menewaskan Abu Zahar .

Tapi sekarang , jangankan nak tewaskan pembangkang baik dalam berhujah atau buat kerja parti , nak jumpa orang pun takut .

Sikit-sikit beri alasan nak rujuk ketua bahagian dulu , nak bagi bantuan pun begitu juga akan majukan kepada kerajaan , kalau macam tu baik kerajaan di KP di bawah PR saja .

PP dah lama dengar tapi persidangan yang lalu jadi buktinya .

Tanyalah ombong brahim bagaimana pemuda dicawangan menerima ketua mereka ?

Tak ngam lansung , kata mereka .

Kalau macam tu , baik letak jawatan saja , tak payah nak tunjuk jaguh dan biar naib yang buat kerja .


PP - dah lama kena kerja

4 comments:

Anonymous said...

Mungkin KETUA PEMUDA UMNO KP belum bersedia sebenarnya menjadi YB dan menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian KP.

Apabila menang pilihan raya jadilah ADUN dan kemudian menang jawatan Ketua Pemuda Bahagian tanpa bertanding.

Jika belum bersedia, dengan jawatan yang ada pastinya proses kepimpinan, pengorganisasian dan pengurusan agak lewat. Baru ketika itu perlahan-lahan perancangan diadakan. baru nak berfikir sedangkan masalah datang bertimbun-timbun sentiasa. Hal yang lama tak selesai lagi, datang perkara baru.

YB Adnan kene pantas dan cepat bertindak. Sekenal saya, YB ini seorang yang bagus dan berkaliber, cuma agak lambat membuat keputusan dan tindakan, sukar menerima kecaman orang(x blh kono kondem) cepat melenting dan tiada think-tank yang berkaliber.

Pemuda Bahagian bergerak agak perlahan, program dan aktiviti agak kurang, dan yang penting tiada lagi aktiviti yang boleh menaikkan nama Pemuda Kuala Pilah di peringkat Negeri ataupun negara khususnya.

Sayanglah kalau Ketua Pemuda Bahagian seorang Professional dan muda lagi tetapi kurang idea dan pengaruh.

Ketua dan Naib kono serasi, YB Adnan kene sedar bahawa beliau sendiri tiada pengaruh yang kuat dalam Pemuda Bahagian sebenarnya. Pengaruh yang kuat ada pada 3 orang Calon yang bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian tempoh hari khususnya Naib Ketua(Eddin) yang ada sekarang dan juga saudara Kamarulzaman@Ujang. Undi mereka berdua sangat sengit dan hampir. Jika dua pihak ini bergabung tempoh hari menentang YB Adnan, cerah peluang YB untuk kalah. Nasib baiklah kedua-dua pihak berlainan fikiran.

Inilah ,masalah bila YB Adnan dalam pertandingan tempoh hari tak declare sape yang dikehendakinya sebagai Naib. Caalon Naib seorang lagi iaitu Khairol hebob mengatokan YB Adnan indorse dio, tapi dio kalah toruk. macam mano!

Pengaruh YB Samad dalam Pemuda Bahagian kene jago, kepimpinan beliau harus dipelajari. Bagaimana YB Samad dan juga Naibnya(Napis) tidak serasi, namun Pergerakan dapat bergerak dengan professional.

Isu dan masalah ni biasolah, semua organisasi mesti ada punya. Kuasa ada pada kita, semua orang tak senang dan puas hati.

Nasihat untuk PP, kalau PP masih sayangkan UMNO, sentiasa berikan iea dan cadangan di blog ini. Saya tahu Kepimpinan UMNO Bahagian KP agak lombap dan pemaleh, tetapi InsyaAllah, suatu masa nanti akan ada generasi baru yang akan merubah semua ini.

Kalau PP dah tak suka kat UMNO, tak perlulah PP ambik tahu dan mencampuri urusan UMNO dengan meneruskan blog seperti ini.

Usaha PP ini baik, tetapi apa matlamat PP sebenarnya. Jika mahu bertanding dan menjadi YB, lebih baik PP dengan ikhlas menonjolkan diri yang sebenarnya di blog ini.

Dalam PRU ke 12 tempoh hari telah membuktikan ramai bloggers yang menang ketika bertanding. Ada yang jadi ADUN dan ada yang jadi ahli Parlimen seperti JEF OI(Keadilan).

Tak perlu mencampuri urusan dalaman kumpulan lain kalau kita bukan ahli kepada kumpulan itu. Parti Keadilan rasanya telah banyak kali mempelawa PP bersama mereka. Menagapa tidak PP umumkan di blog ini siapa PP dan apa pendirian PP.

Lebih baik rasanya kita bersama berusaha memperbaiki dan mengubah UMNO dari terus menghentam UMNO kalau kita orang UMNO. Bukan orang UMNO buat apa nak susah2 ambik tahu, tunggu PRU ke 13 tekadkan hati pangkah Pakatan Rakyat.

Saya selaku salah seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan dalam DUN Pilah cuma berharap PP ini bukanlah seorang yang di depan lain belakang lain lebih2 lagi di hadapan pemimpin UMNO Bahagian, maklum bahawa dulu PP adalah orang UMNO & pernah menjadi pemimpin UMNO di Bahagian. Harap2 PP bukanlah orang yang mengharapkan apa2 dari UMNO kerana kadang2 kelihatan artikel PP lebih menjurus menghentam individu tertentu, ada yang di petik ada yang tak. Jangan ada dendam, tak baik.

Salam.

Anonymous said...

Naib KP tak layak jadi pemimpin. Banyak songlap duit client.

Geng Kapak said...

Salam PP,

GK adalh org UMNO dr Bhgn sebolah iaitu Tpin. GK t'tarik dgn komen ttg KPU KP yg agak lambat & x perform.

Di sini GK nak bg pandangan kpd KPU KP tu agr wake up & make something. Pemuda kena cergas & mesti b'ada dibarisan hdpn t'utama dlm menangkis tohmahan & serangan Pembangkang.

Jadikan iktibar dr bekas KPU Tpin iaitu Dato' Ir Jamlus yg satu ketika b'ada di kemucak iaitu sbg KPU Bhgn, KPU Ngri, Wakil Rakyat & EXCO. Masa tu GK lihat beliau mcm x bersedia & dlm masa singkat dibebani dgn mcm2 tugas & t/jwb. Sudahnya beliau dilihat mcm x tahu mana nak didahulukan & mana yg tidak. Krj jadi x sistematik, performance out & mcm lagi kelemahan. Sudahnya bila time Mesy khususnya Sidang DUN & Mesy EXCO dok kena balun dgn MB. Bila Mesy lain plak dia dok balun org spai jadi musuh & x mesra rakyat. Tambah bila ada jawatan EXCO mula gelap mata & abis semua projek dia nak tentukan & makan percent.

Akhirnya dpt la nikmat sbg pemimpin utk masa yg singkat je. Krn pemimpin kita di atas tu pun dok tengok gak kita punya KPI. Kot jadi liability pd party elok la di cantas awal sblm org ramai yg cantas.

So, KPU KP ambil kes ni sbg iktibar. Tn, masih muda & ada masa depan yg cerah. Jgn lembap sgt & jgn cepat melenting bila org dok bg pendapat & teguran. Jgn takut utk buat kptsn. Play safe tu bagus, tp kadang2 mkn diri gak.

Teruskan bekrj utk Parti & Kerajaan BN. Semoga api p'juangan UMNO sentiasa berkobar & dimarakkan. Insya Allah....

AMAI said...

Saya rasa KP Kuala Pilah adalah merupakan pemimpin yang paling klas dlm Pilah selain dr Dato' Ismail. PP ni sebonar eh dibayar dek ateh brahim. Sudah la, cari la joki caro lain.