Saorang wakil rakyat yang satu masa dulu pejabatnya dikatakan kurang sinonim dengan kedudukan wakil rakyat , dan sedang uzur kerana terjatuh semasa bersukan , khabarnya makin kurang pepulor dikalangan penduduk setempat .
Walaupun beliau agak baik orangnya tetapi politik memerlukan mereka yang cergas dan mampu menangkis serangan pembangkang tetapi disebabkan keuzurannya , banyak aktibiti terpaksa diketepikan dulu bagi memberi peluang , wakil rakyat itu pulih sepenuhnya .
Dalam satu majlis , pengerusi majlis tersilap menyebutkan wakil rakyat lain yang merasmikan majlis itu sebagai wakil rakyat Johol dan ini menimbulkan keresahan orang ramai , apa kah mungkin ini pentanda bahawa riwayat wakil rakyat itu dalam Dun Johol , akan berakhir menjelang PRU ke 13 nanti .
Ramai meramalkan begitu , satu dikalangan penyokong Umno sendiri yang melihat beliau sudah menjadi liabiliti dan perlu diberi peluang kepada orang lain macam cikgu chaah , rosli jpj atau abu samah manakala di pihak pembangkang , kedudukan itu memberikan mereka lebih peluang untuk bertapak di Dun itu .
Jika dibiarkan keadaan ini berteruskan dan mewakilkan orang lain dalam majlis-majlis yang sepatutnya dihadiri , kemungkinan untuk kerusi itu terlepas kepada pembangkang , tidak dapat di nafikan .
Sekarang , wakil rakyat adalah pesuruh rakyat , yang membuat kerja untuk rakyat dan mereka yang tidak mampu mencapai KPI itu , akan disingkirkan oleh rakyat .
Apa alasan yang diberikan tidak penting , kerana rakyat perlukan perkhidmatan wakil rakyat , tak berdaya melaksanakannya bermakna gagal dan jika gagal , tidak dipilih parti lagi dan sekiranya di pilih juga , rakyat akan menolak tokoh tersebut .
Rakyat juga sedang memerhatikan dengan serius kerusi Dun Seri Menanti , Juasseh dan Pilah , apakah wakil rakyatnya benar-benar bertugas untuk rakyat atau untuk kepentingan diri sendiri .
Respon menunjukan , kerusi tersebut agak parah , jika berlaku PRK disalah satu daripadanya , mengekalkan kerusi itu lebih teruk dari merebutnya .
PP sekadar nak mengingatkan sahaja kerana maklumat yang PP terima memang kedudukan kerusi itu terutamanya kerusi Pilah , amat gawat sekali .
Bagi PP parti mana tidak perting , yang penting perkhidmatan yang diberikan .
PP - berkhidmat secara sukarela
No comments:
Post a Comment