Sunday, July 5, 2009

TAMAN ULAR MEMBAZIR ?

TAMAN ULAR SATU PEMBAZIRAN ?

SATU ketika dulu projek Taman Ular di Ulu Bendul bukan sahaja mampu menjadi daya tarikan pelancung tempatan dan luar negeri kesitu tetapi juga menjadi projek kemegahan kerajaan negeri .

Jabatan Hutan mewar-warnya sebagai satu taman yang mempunyai spesis ular anaconda yang boleh membesar sahingga sebesar pokok kelapa tetapi rupanya , ku sangkakan panas hingga kepetang , rupanya hujan ditengah hari .

MB dengan bangganya memaklumkan bahawa ular yang dibeli dengan belanja yang tinggi rupanya telah bunting dan bertelur sebaik sahaja sampai ke taman ular itu dan sewaktu dirasmikan , telur ular anaconda itu telah pun menetas .

Untung kata MB kerana beli sadikit dapat banyak , tetapi untung entah kemana kerana tak lama salepas itu , saekor demi saekor mati dan akhirnya taman ular itu pun ditutup .

PP pernah dua kali melawat ke taman ular tersebut dan kalau melihat dari keadaan sangkar dan pejalan kaki yang dibina , memang besar belanjanya .

Maklumlah dibuat tengah hutan , terpaksa pula melalui jalan yang tidak rata dan becak , maka semuanya memerlukan belanja besar tetapi belanja itu tidak memadai rupanya kerana ianya memerlukan lebih banyak belanja lagi .

Dan belanja paling besar ialah menutupnya .

Begitukah kita berbelanja , tidak kah ada perancangan untuk membuka taman ular itu dan bukan sekadar projek hangat-hangat tahi ayam atau projek sambil lewa saja .

Jika benar , siapa yang patut disalahkan ?

Pimpinan kerajaan atau pun pegawai dan kakitangan jabatan hutan yang tiada kepakaran tetapi berlagak mengalahkan perhililitan yang menjaga binatang liar ? .

Ini salah satu bukti pembaziran yang berlaku akibat menunjuk pandai dan kurangnya perancangan bagi mengkaji kesesuaian projek .

Kalau macam tu , turun kan sahaja papan tanda taman ular tersebut supaya tiada yang menuduh salepas ini bahawa ada yang cuba mempermainkan orang ramai melalui papan tanda yang tidak benar .

Tak salah jika mereka mengatakan nya kerana memang bagi yang tidak tahu akan berhenti seketika di Ulu Bendul untuk melihat taman ular sedangkan hakikatnya taman itu hanya ada pada nama sahaja .

Kan lebih elok ular- ular itu dilepaskan sahaja kerana rupanya manusia lebih pandai membelit dari ular-ular tersebut .


PP – dah beberapa kali kena belit dek ular manusia macam ini .

No comments: