Thursday, June 25, 2009

UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS KUALA PILAH

AKHIRNYA , penantian jadi kenyataan .

kampus tetap Uitm di Kg Beting membuat pengambilan pelajar baru tahun ini .

banyak iklan terpasang dijalan-jalan raya mengalu-ngalukan pelajar baru .

Sejak zaman Dato Mansor menjadi MB , perkara itu telah dibangkitkan , dan tidak pernah berhenti .

Sekarang orang KP sudah boleh berbangga kerana dua projek utama mereka sedang dan sudah berjaya dilaksanakan .

Satu projek jalan baru di Bukit Putus yang menimbulkan keresahan orang ramai kerana sempit , sesak dan merbahaya .

Sekarang dalam pembinaan dan tak lama lagi siap .

Lagi satu , Uitm yang tempat dah beralih banyak kali , dari Selaru ke Rembang Panas dan kesudahannya di Parit Tinggi , Beting .

Moga , puas lah hati rakyat KP dan PP harap isu ini tidak menjadi isu PRU lagi .


PP - sentiasa sokong hasrat orang KP

2 comments:

COWENG ANAK PILAH said...

Pastinya PP, selepas ini masing-masing yang berkenaan akan mengaku bahawa kejayaan projek ini dialah punya idea, dialah yang menyelesaikan dan lain-lain lagi. Sepanjang pelaksanaannya pun coweng dah dengar dah, ada di kalangan pemimpin di Kuala Pilah di dalam ucapannya menyatakan bahawa dengan kesungguhannyalah maka, terlaksana projek-projek ini...macam-macamlah PP, sampai coweng tersenyum sendiri.

Apapun, coweng tetap angkat tabik pada Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan, kerana mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku selama ini.

Lama dah coweng mengikuti perkembangan Jalan Bukit Putus dan UiTM ni...macam2 ragam orang nak mengejar projek... sehinggakan terlupa agenda sebenar adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Oleh itu, coweng ucapkan terima kasih kepada Mohamad Hasan, dengan kebijaksanaannya dan usaha yang bersungguh, akhirnya terlaksana juga kedua-dua projek ini.Kalau tidak, main tarik tali ajelah tak habis-habis...

Banyak hikmahnya apabila projek terbengkalai yang dibiarkan tanpa usaha sebelum ini mampu dipulihkan sejak kepimpinan Dato' Seri. Kalaupun tak dapat dinilai oleh masyarakat keseluruhannya bahawa ini adalah usaha bersungguh2 Dato' Seri,memadailah Allah mengetahuinya.

Anonymous said...

KOPILAH??
untung laa.......