Friday, April 3, 2009

PM KE ENAM - DSN

SAH . Datuk Seri Najib jadi PM .

PP UCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS .

Sudah suratan takdir , siapa pun tak boleh menghalangnya .

Di NS , PP cuba nak senaraikan nama-nama tokoh yang pada makrifat PP bakal jadi orang kuat DSN .

Mula sekali , pada kedudukan sekarang ialah Shaziman ketua bahagian Tampin yang baru menang MT dengan kedudukan yang sangat baik , no. 9 dari 25 tokoh .

Shaziman mungkin bakal MB menjelang 2012 .

Kemudian Datuk Asan di KP , walaupun kalah MT tapi hubungan dengan DSN amat baik .

Banyak kali DSN tolong terutama bila nama nak terkucil sebagai wakil rakyat .

Lepas tyu Datuk Razak , speaker Dun negeri , juga mempunyai hubungan yang baik dengan DSN kerana masa Razak jadi ketua pemuda , DSN ialah ketua pemuda Malaysia .

Diikuti oleh Datuk Lilah yang baru menang kembali ketua bahagian Jempol .

Susahlah Tok Mat nak buang Lilah di Jempol kerana Lilah memang ada hubungan yang baik dengan PM baru ini .

Datuk Sahak sorang lagi , pernah jadi ketua pemuda NS masa DSN ketua pemuda Malaysia , tapi kerana zaman Sahak dah luput , mungkin masa depannya tidak sebaik tokoh yang diatas tadi .

KJ biarpun di katakan tidak seregu dengan DSN , tetapi KJ adalah ketua pemuda Malaysia dan bakal ketua pemuda NS .

Mahu tak mahu , DSN kena respek juga dengan KJ atas kapasitinya sebagai ketua pemuda , masa depan KJ cerah cuma laluannya agak getir sikit .

KJ bakal MB , menteri dan pemimpin unggul NS dalam tempoh 2 dekad akan datang .

Yang lain tu hebat juga cuma tak termasuk dalam senarai panjang tokoh ada harapan di negeri ini .

Mungkin sadikit lagi akan ada senarai baru , mana tahu .


PP - cuma tahniah yang mampu disampaikan .

No comments: