Wednesday, January 7, 2009

WAKIL RAKYAT TAK PEKA ?

KADANG-kadang kita pun tak paham kenapa teguran yang diberikan dianggap sebagai sampah dan tidak dipedulikan malahan lansung tiada sebarang tindakan , macam mencurahkan air kedaun keladi saja .

Pada 25 September lalu , PP menegur pejabat ADUN Johol yang macam kandang kambing dan pada 6 januari 2009 , PP lihat memang sudah ada dua ekor kambing dalam kawasan pejabat ADUN tersebut .

Saekor betina tua dan saekor jantan muda .

Malangnya nasib rakyat di Johol kerana wakil rakyatnya buat-buat pekak dan tidak ambil peduli akan rungutan rakyat , macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja .

Lepas ini , mungkin kawasan pejabat itu akan dimasuki lembu , kerbau , rimau dan akhir sekali masuk lambang mata , roket atau bulan , baru nak paham teguran dan nak ambil tindakan .

Mintak maaf lah pada masa tu kerana nasi dah jadi bubur , dah tak guna lagi kerana bila rakyat dah buat keputusan , tiada yang dapat mengubahnya semula kecuali rakyat yang mengundi itu juga .

Janganlah sampai jadi macam tu , MB Tok Mat patut ambil perhatian dan nasihatkan wakil rakyat yang pekak atau buat-buat pekak tu , sudah lah pejabat tak bersewa , jagalah kebersihan , keindahan dan buatlah macam pejabat wakil rakyat .

Jangan lah buat macam pejabat pasar walaupun pejabat wakil rakyat tu terletak bersebelahan pasar awam Johol .

Kalau tak berubah juga elok agaknya semua pembaca blog pergi melihat sendiri reban kambing tua tu , sudah lah cat terkopek dan berlapuk , pagar pula ada sebelah sahaja dan sebahagiannya pula sudah rosak kena hempap dek kayu reput .

Papan tanda pun sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja , macam tak hendak jadi wakil rakyat lagi nampaknya , kalau macam tu elok benarlah kalau parti mata atau bulan kerja kuat kerana rakyat di Johol dah muak dengan sikap wakil rakyat macam tu .

Satu masa dulu , tiga penggal wakil rakyatnya jadi exco , tetapi sekarang jangankan exco , pejabatnya pun macam stor majlis daerah sahaja .

Sedih , Mail kena lihat perkara ini tak kan nak tunggu peruntukan kerajaan untuk bantu baiki , kalau PP banyak duit mahu juga PP sumbangkan RM10,000 untuk mengubahsuai supaya kelihatan macam pejabat YB .

Kedekut betul wakil rakyat tu , macam mana rakyat nak mengadu kalau datang pejabat pun terpaksa bersaing dengan kambing ? .

Kalau kedekut atau miskin sangat , tadah tangan kat tepi pasar tu , pasti ada yang beri sumbangan untuk baiki pejabat , jika tidak bye-bye lah masa next pilihanraya nanti .

Pemuda bahagian yang katanya garang dan hebat sangat tu , perlu tenguk-tenguk perkara ini dan bagi nasihat kepada naib bahagian tersebut , kalau tak pemuda mungkin jadi pemudi sadikit masa lagi .

Tak kan pemuda yang hebat tu nak pakai skirt pulak ?



PP - dah lama pakai skirt

7 comments:

gotahlantun said...

Salam,

Sekarang ni..dI mana2 pun, YB sudah mula buat hal. sewaktu pilihanraya kerap nampak muka tabur janji sini sana..
Tapi sekarang..YB entah kemana..

Yang tinggal hanyalah pondok buruk yang menjadi opis kerani tua..

DAN YANG DAH CANTIK SEBENARNYA RUMAH YB..DAH 2/3 BIJI.. BINI DAH TAMBAH LAGI SATU..KERETA DAH JENIS BUATAN LUAR NEGARA..

Dan yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata..

Anonymous said...

ekau jo lah jadi YB PRU KE 13 nanti.

Ekau banyak idea dan selalu kritik orang jo.

Nak jugak tengok kehebatan ko jadi pemimpin.

Kalao ko berusoho dari sekarang, Insyaallah corah peluang.

Tapi calon bebas la.

Kek UMNO dengan PR jangan haraplah ko ado tompek

Anonymous said...

PP,kan den dah cakap jd YB dan jd pemimpin UMNO di KPilah nimemang baik. Sobab sebarg teguran takkan boleh mengubah perangai mereka sobab org2 Umno sumo eh tak kisah apo pun. Jd memanjang selamat yo dio org ni walau byk mano pun hal dan betapo mada pun dio asal pandai jago Mat Hasan kiro ok lah

Anonymous said...

Saya sokong PP jadi calon, bebas ke, PR ke, BN ke atau calon undang pun saya sokong. PP harapan agama, bangsa dan negara. PP hidup terus.Hentam semua YB, ketua kampong,pengerusi PIBG,imam,siak,bilal,tuk empat, MB, TPM dan PM. Jangan kira hentam.PP boleh jadi pemimpin.Hidup PP.

COWENG ANAK PILAH said...

Hai PP, lama tak komen blog ko nih. Den bz bona akhir-akhir ni. Apa pun den ucapkan tahniah kerana ko tak biarkan blog ko bersawang..he..he...

Kepada yang berkenaan, coweng nak bagi tahu ni, seharusnya, pandang positif setiap teguran yang dibuat. Janganlah anggap orang tegur tu nak saling jatuh menjatuhkan. Kalau ada kebenarannya, apa salahnya terima teguran dengan cara profesional, itu barulah seorang pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat. Jangan pertahankan sangat sikap ego tu, tak kemano poie nyo do...
Coweng pernah cakap sendiri dengan YB tu PP pasal pondok usang tu...tapi tak juga nak buat perubahan...cam no tu..tak dapek den nak nolong nyo laie doh...

Anonymous said...

YB Johol...
kalau ekau tanyo kek orang johol...
apo yang YB ni buek..dan cakapkan setiap kali poie majlis...
dio akan bercerito pasal "KUIH APAM JOHOL"..itulah yang dio tau dah masuk 2 penggal jadi YB...

satu laie..bilo bebudak yang pandai sikit tanyo kek dio..apo pasal tak tarik..kilang ko..kolej2..cawangan2 jabtan kerajaan ke JOHOL... dio buleh jawab.. "saya tak nak orang luar datang ke Johol ni..sayo tak nak ketenteraman johol ni terganggu..jadi tak payahlah pembanguna tu semuo.."

tak cayo poie tanyo org Johol... Bandar Koboi..dulu kini dan selamonyo... "ado api...ado air..ado jalan tar...cukuplah.." (pemikiran pengundi YB nih.."

apo punyo YB lah...

Anonymous said...

amboi2..manusio sekarang. tak ponah la raso bersyukur.mmg yb johol tak nak pembangunan 2 sumo. kang makin rosak anak johol. den yg dh lamo duk johol pn, pueh ati apo yg ado skrg. dpd dok dlm hutan, kiro maju jgk la johol nih.