Monday, January 19, 2009

UMNO MASIH TAK BERUBAH

SEDIH bila membaca berita bahawa calun BN yang juga Umno kalah kepada calun Pas kerana PP kesana untuk meraikan kemenangan BN dan Umno .

SEDIH juga kerana PP dapat rasakan Umno dan BN tidak benar-benar berubah mengikut selera rakyat sebaliknya berubah mengikut selera mereka sendiri saja .

JUGA SEDIH kerana Umno Kuala Pilah berserta wanita , pemuda dan puteri , masih kekal bersikap bongkak dan sombong , dan menjadikan kempen pilihanraya sebagai medan untuk berselang lenang dan mengutip duit belanja serta melancung .

Bayangkan lah hanya ketua pemuda yang kelihatan , berbisik-bisik sesama sendiri , dalam kelompok sendiri dan sentiasa bermasam muka dengan ahli Umno dari bahagian yang sama yang bukan kelompok mereka .

Begitu juga AJK Umno bahagian yang macam khayal dengan kedudukan serta menganggap bahawa mereka adalah kelompok yang terpilih dan wajar diberikan kelebihan itu .

Mail sendiri macam datang untuk menjaga MB saja bukan untuk berkempen dan hanya bergerak apabila MB ke majlis tertentu .

Rumah negeri kelihatan macam kelompok elit dimana setiap orang yang datang akan diperhatikan oleh seribu mata dan berbagai sindiran kedengaran terutamanya kalau yang turut hadir dan membantu kempen itu bukan dari kelompk mereka macam Mat Haji Mansir .

Malahan yang kehulu kehilir dalam rumah banglo dua tingkat yang khabarnya masih belum dihuni secara rasmi oleh pemiliknya adalah pemimpin bahagian yang tidak berjaya dalam pemilihan Umno di bahagian masing-masing .

Saolah-olah tokoh terbuang yang tidak laku di bahagian masing-masing nak menunjuk lagak di tempat orang tanpa mengambil kira bahawa rakyat KT juga mengelani mereka sebagai calun kalah yang diterima ditempat masing-masing .

Macam ayam sabung , kokok berderai tetapi ekor begelumang tahi /.

Nibung pun macam nak promosi diri sebagai calun G 7 .

Entahlah ....


PP – tutup sajalah blog pemuda pilah tu kerana Anan banyak bersilat dengan kebenaran

5 comments:

gotahlantun said...

diorang tu poie..sanun.. buek somak yoo.. bukan kojo apo pon..
tapak tangan naik haus dek bersalam tapi abuk pun tarak.
aleh2 balik bawak keropok liko dan kain2 batik..
orang UMNO ni memang tak soda diri...dah banyak pengalaman kalah, tapi masih macam tu yo..tak berubah ..
kato nak rakyat sokong haa... lansung mondapek..

UMNO MASIH RELEVAN TETAPI PEMIMPINNYA TIDAK.

COWENG ANAK PILAH said...

Assalamualaikum...

Kesimpulannya mudah aje PP, sekarang orang UMNO kena kembali balik di zaman awal penubuhan UMNO dahulu, bagaimana perjuangan atuk moyang kita dulu benar-benar ikhlas dan tidak ada agenda peribadi. Kalau pejuang dulu naik basikal melalui jalan hutan, tidak pernah terfikir oleh mereka untuk berhenti sekejap melihat pokok-pokok balak dan berkira-kira untuk mendapat keuntungan jika dijual. Tapi sekarang, dari jauh lagi dah boleh berkira2 keuntungan besar yang diperolehi jika dapat projek balak atau projek2 lain yang boleh membawa kemewahan hidup.
Oleh itu, kembali kepada asal, apa yang rakyat kehendaki adalah nasib mereka terbela, diberi perhatian, didekati dan didengar rintihan dan keluhan mereka serta dibantu sedaya yang boleh. Mereka tak mahu didatangkan orang2 yang kaya, tapi cuma menjengok mereka diwaktu perlu. Mereka perlukan yang hampir dengan mereka, memperjuangkan nasib mereka tanpa ada sikap memilih kasih. Mereka tidak mahu yang mewakili mereka adalah kelompok yang tamakkan wang ringgit, berpoya2, menghabiskan duit kerajaan dan sebagainya.

PP said...

PP setuju dengan pendapat coweng . Kembali ke pangkal jalan . Senada pendapat kita dan PP rasa pendapat orang lain pun macam tu juga , cuma mahukah Umno kepada perubahan .
Entahlah ..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Rumah negori sembilan tu elok eh ditukar namo jadi istano dato' king.Den stuju bona ngan PP, kok sesapo nang datang tu macam nak mintak syufaat dari Dato'King yo.Sepatut eh setiausaha perhubungan negori duduk situ aturkan program kempen,tapi king leko dek betitah,lopeh tu dongan cerita siap hamun bebudak puteri laei.
Nampak eh YB Samad laei pandai ngatur program dari king.
....yo lah dah namo eh pun KING..

Anonymous said...

umno ibarat terkena penyakit barah, tak dapat diubati lagi, dah parah, nanah dah busuk, nak balik ke pangkal dah tak buleh. Nak reform, muka yang sama bercakap tentang itu tapi penuh dengan tahi. Tinggalkan sajaaaaa.