Saturday, January 3, 2009

PUISI POLITIK

PAT-PAT SIKU LIPAT(versi pilihnaraya)
( disalin dari cilipadi88.wordpress.com )


Terbaca karya Nomoiz Ty , Gual Ipoh Tanah Merah membuatkan cilipadi tergerak untuk menyalin semula untuk tatapan blog ini .

Cilipadi rasakan , puisi ini mengandungi sindiran yang sangat tajam dan tepat kepada sekelompok manusia yang bergelar ahli politik .

Mudah sahaja , siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya , tidak kira samaada ahli politik itu dari parti kerajaan mahupun pembangkang .

Kita hayati puisi ini sedalam-dalamnya dan jadikan iktibar dalam perjuangan kita .

Pat-pat siku lipat
Ini kisah pasal mengundi yang dah dekat
Pat-pat siku lipat
Ramai kepingin nak jadi Yang Berhormat
Pat-pat siku lipat
Bukan sebab apa nak kaya cepat
Pat-pat siku lipat
Nama dapat projek dapat
Pat-pat siku lipat
Tapi bukan senang otak mesti ligat
Pat-pat siku lipat
Kena pandai cakap pidato mesti hebat
Pat-pat siku lipat
Paling penting kena pandai tipu rakyat
Pat-pat siku lipat
Pandai auta baru BPR tak masuk dekat
Pat-pat siku lipat
Bila berkempen macam-macam janji dibuat
Pat-pat siku lipat
Tapi bila dah jadi YB dia pun lesap
Pat-pat siku lipat
Pat-pat siku lipat
Tinggalah anak mukim masihlagi mengharap
Pat-pat siku lipat
Jalan becak,pagar runtuh,jambatan rosak
Pat-pat siku lipat
Alahai YB kemana dia buat songlap
Pat-pat siku lipat
Dalam mesyuarat selalu saja dia lelap
Pat-pat siku lipat
Habis hilang duit rakyat
Pat-pat siku lipat
Kalau buat keputusan selalu saja buat silap
Pat-pat siku lipat
Habis hilang duit rakyat
Pat-pat siku lipat
Inilah dia si YB keparat
Pat-pat siku lipat
Memandangkan undi ditangan rakyat
Pat-pat siku lipat
Jangan pangkah si YB jenis perosak
Pat-pat siku lipat
Kelak merana rakyat tanggung akibat .

Mungkin penulis puisi ini nak kaitkan dengan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terangganu , minggu hadapan .

Jadi kepada pengundi sekelian , tengok keliling , fikir kepentingan diri dan negara dan fikirlah lah samaada undi yang diberikan itu benar-benar betul , tepat dan jujur , pangkah lah calun mengikut gerak hati , bukan gerak orang lain saperti puppet .


Cilipadi – hanya berani ramal saja kerana keputusan sebenar terletak ditangan pengundi KT.

3 comments:

Anonymous said...

Terus kan kempen anda PP.Cadangkan siapa calon pilihan dan saya akan sokong PP.

bungaraya said...

Jangan lihat calon saja. Yang penting sekali lihat parti. Yang mana satu boleh membawa kita kemercu kejayaan dunia dan akhirat.
PAS - Apapun tiada.
UMNO - siapa berani kata jika alim tak masuk syurga.

paneh said...

salam,

sojuk hati nengok ramai org negori buek blog. pilah rules.