Wednesday, January 21, 2009

KAJI PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG


ADA beberapa ketua kampung disini khbarnya sedang sakit perut menanti keputusan kerajaan negeri samaada menyambung perkhidmatan mereka atau tidak .

Ada tu beriya-iya sangat buat kerja nak tunjukan bahawa mereka rajin sedangkan hakikatnya , mengadakan mesyuarat JKKK pun payah .

Nama sudah pun ada di peringkat negeri tunggu buat keputusan sahaja lagi , jadi tak perlulah nak membodek wakil rakyat atau pegawai daerah untuk kekal jawatan .

Wakil rakyat pun ada tu buat keputusan mengikut emosi , tak suka sahaja terus cadangkan untuk di buang sedangkan di peringkat kampung , perkhidmatan ketua itu masih di perlukan lagi .

Tenguk di Juasseh masa dibawah Asan dulu , sahinggakan masa PRU terkial-kial nak memang kerana bekas ketua kampung sokong pembangkang .

Ini pun satu hal , dah tak dipilih lagi sudah lah , ini nak sokong pembangkang pula .

Macam tak guna benar kerajaan ini sahingga sokong pembangkang , yang rugi mereka juga kerana salepas pilihanraya , terus di pencilkan orang ramai .

Kalau tak tu setidak-tidaknya orang masih kenang lagi jasa mereka semasa jadi ketua kampung dan tidak dilupakan terus .

Pilihlah mereka yang nak berkhidmat bukan mereka yang nak berhormat dan berjimat kerana menjadi ketua kampung ada elaunnya .

Biarpun tidak besar tapi kalau dah disampurkan dengan pencen lain , dapat juga bayar ansuran kereta atau rumah .


PP - sayang sangat kat ketua kampung yang berkhidmat dengan cemerlang dan jujur

1 comment:

COWENG ANAK PILAH said...

Cerita bab pelantikan ketua kampung ni PP, kebetulan semalam coweng bertemu dengan ketua kampung coweng yang dah lama tidak coweng temui (maklumlah coweng tak duduk di kampung, sesekali jer balik kampung, itupun bila rasa rindu kat kampung). Tapi, coweng jumpa dia di Seremban, dia menemani anaknya kerana ada urusan.
Coweng sangkakan dia masihlah ketua kampung coweng, makanya cowengpun mengajukan macam-macam pertanyaan. Penamat cerita dia pun maklumkan pada coweng, yang dia tidak dipilih lagi kerana sokongan ramai kepada orang lain. Dia pasrah kerana yang penting adalah kehendak akar umbi. persoalannya PP, dari mata kasar coweng, kelihatannya Ketua Kampung itu bagus dalam melaksanakan tugasnya. Sering juga coweng perhatikan dari jauh, bila sesekali balik kampung tu ada juga bertanyakan kepada orang-orang kampung.
Pada hemat cowenglah, dalam memilih ketua kampung ni, nilailah dengan sebaik-sebaiknya dan seadil-adilnya. Jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap yang tidak berasas (sekiranya adalah). Takut nanti yang benar-benar berkhidmat kepada masyarakat tersingkir, yang rugi siapa? Tidaklah coweng mahu menyebelahi sesiapa, tetapi coweng bersikap terkecuali dalam hal ini. Coweng cuma melontarkan luahan hati sahaja agar keharmonian dan matlamat sebenar kerajaan tidak tercalar disebabkan berebut kuasa. Coweng pandang tinggi bekas ketua kampung ini kerana tiada sikap berpuak-puak, redha dengan keputusan kerana katanya diapun sudah 18 tahun jadi ketua kampung dan mungkin orang kampung mahukan kepimpinan yang baru.
Apapun tahniah kepada bekas ketua kampung coweng kerana tidak tamakkan kuasa dan sentiasa bersyukur segala apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya selama ini.
Wassalam