Thursday, July 10, 2008

UMNO KP MULA BERUBAH

RAKAN penulis yang mengunjungi pejabat Umno KP memaklumkan bahawa telah ada sadikit perubahan dikalangan petugas di pejabat Umno KP .

Mereka kelihatan sudah mesra dan boleh tersenyum dan tidak lagi menganggap bahawa kehadiran ahli Umno kesitu untuk menyusahkan mereka .

Tahniahlah kepada Datuk Ismail Lasim atas perubahan ini , tetapi jangan jadi hangat-hangat tahi ayam pulak .

Walapun begitu , kita harap Ismail terus peka dengan perkembangan Umno KP yang di katakan menjadi target utama pembangkang dalam PRU yang akan datang .

Maknanya , tugas untuk mengekalkan kerusi nanti lebih sukar dari sekarang .

Tidak cukup kalau sekadar buat kerja macam batuk di tepi tangga sebaliknya buat dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa mengambil kira kebajikan rakyat .

Rakyat dah tahu nilai undi mereka dan dengan kerja kuat itu , mereka akan tetap sokong Umno dan BN nanti .

Yang masih tidak berubah macam pejabat burok disebuah pekan kecil , buatlah perubahan .

Orang nak datang ke pejabat YB bukan rumah , kalau betul nak ajak mereka kerumah , buat sahaja pejabat YB di rumah .

Mudah dan tak payah lah datang mengadu dan sakit mata lihat pejabat yang hodoh serta tidak melambangan sebuah pejabat YB .

Kalau tak mahu juga , Cikgu Chaah sedia menunggu sahaja untuk mengisi tempat itu .



PP - sayang dengan pemimpin Umno KP

1 comment:

COWENG ANAK PILAH said...

Kalau coweng cakap, lelaki ni egonya tinggi, payah lak PP nak terima iye tak? Tapi hakikatnya macam tu lah. Contoh terdekat dah kita lihat ni...Kalau ditegur tu ke arah kebaikan, apalah salahnya ambil sebagai pandangan yang baik untuk diri dan masyarakat sekeliling. Pejabat tu..cantik-cantikkanlah YB. janganlah dibiarkan buruk sangat dipandang mata orang. Ada kemudahan disediakan gunakanlah...tunjukkan kewibawaan sebagai seorang YB. yang berhemah. Ceriakan pejabat tu agar tak nampak suram, barulah elok dipandang mata. Kemudian, pengisiannya hendaklah bermaklumat dan ada penghuninya selalu. YB...segera sambut cabaran dengan pantas...jangan lengah laie...Bukannya mereka minta cantikan pejabat macam mahligai...Ambil pandangan ramai...seperti mana kita memerlukan undi yang ramai untuk meraih kemenangan.