Cerita Tun Azazil jadi Iblis, penghulu malaikat
Dr
Mahathir
kata puak pembangkang memutar belitkan perumpamaan yang dia sebut.
Better the
devil(UMNO/BN) you know that the angel(PR) you don’t . Kita sudah amat
maklum sarcasm Tun Mahathir.He is the master equal to none.It was
vintage Mahathir semasa rumah terbuka nya beberapa hari yang lalu.
Kita tidak
berhajat untuk menghuraikan putarbelit yang Dr Mahathir sendiri maksudkan. Kalau
semasa di teruramah oleh CNN pun , Mahathir dengan poker face menafikan apa
yang dia sendiri lakukan, bagaimana kita hendak letak nilai tinggi atas apa
sahaja yang diucapkan oleh Mahathir? Seperti kawan saya saya kata Mahathir has to tell a thousand lies to cover his first lie.
Oleh kerana
citarasa bulan ini atau flavor of the month ialah perumpamaan, maka kita
katakan pada Mahathir dan UMNO- as you make your bed, so you must now lie on
it.
Kepada
pembaca yang menanya kepada saya secara condescending sama ada saya tahu
Mahathir menggunakan idiom atau perumpamaan, saya harap dia pun faham
perumpamaan yang saya nyatakan disini.
Memanglah
UMNO ini dahulu parti malaikat yang menduduki syurga. Kita telah pun
memperakui peranan orang UMNO dalam mendapatkan kemerdekaan negara ini.
Tapi janganlah lupa kepada perjuangan kumpulan lain juga.
Parti malaikat ini telah menguasai syurga sejak tahun 1955. Sejak 1981, setelah bertahun tahun lama nya menguasai syurga yang dinamakan Malaysia, penghulu malaikat merasa sombong dan bongkak dan maksum. Dari semenjak itulah, penghulu malaikat yang mendiami syurga, yang doa nya selalu berjaya menjadi sombong dan bongkak yang terlalu amat. Nama penghulu malaikat tersebut, yang terkenal dengan sifat2 mulia nya itu, ialah Azazil.
Parti malaikat ini telah menguasai syurga sejak tahun 1955. Sejak 1981, setelah bertahun tahun lama nya menguasai syurga yang dinamakan Malaysia, penghulu malaikat merasa sombong dan bongkak dan maksum. Dari semenjak itulah, penghulu malaikat yang mendiami syurga, yang doa nya selalu berjaya menjadi sombong dan bongkak yang terlalu amat. Nama penghulu malaikat tersebut, yang terkenal dengan sifat2 mulia nya itu, ialah Azazil.
My name is
Azazil- Tun Azazil.
Oleh kerana
dia boss pada malaikat UMNO, dan apa yang dibuat nya semua nya berjaya dia jadi
sombong, takbur serta berbangga diri. Oleh kerana berjaya selalu dan parti malaikat
nya berjaya semenjak 1946, Azazil pandang rendah pada orang lain. Dia kata orang simpan janggut zaman Nabi sebab tidak ada pisau cukur.
Oleh kerana Tun Azazil, malaikat yang dikenali oleh sekalian penghuni syurga Malaysia kerana doanya mudah dimakbulkan oleh Allah, para malaikat selalu lah pula meminta minta projek yang besar2 dari Tun Azazil. Ada malaikatul Ananda, ada malaikatul Vincent and Malaikat Yeoh.
Oleh kerana Tun Azazil, malaikat yang dikenali oleh sekalian penghuni syurga Malaysia kerana doanya mudah dimakbulkan oleh Allah, para malaikat selalu lah pula meminta minta projek yang besar2 dari Tun Azazil. Ada malaikatul Ananda, ada malaikatul Vincent and Malaikat Yeoh.
Bila
sombong dan takabbur, Tun Azazil dan malaikatul UMNO tidak menghiraukan rintihan
dan gelisah rakyat. Dalam pada itu pun, ada kelompok malaikat yang
berpenghulukan Tun Azazil menyedari bahawa kesombongan dan takabbur akan
membawa malapetaka. Kelompok ini teringat pada pada suatu tulisan di salah
sebuah puntu syurga yang tertera amaran:- "Seorang hamba
Allah yang telah lama mengabdikan diri kepadanya akan mendapat laknat dengan
sebab menolak perintah Allah."
Kelompok
malaikat yang insaf ini telah berjumpa dengan Tun Azazil dan meminta Tun Azazil
berdoa agar mereka semua tidak ditimpa laknat dari Allah. Setelah mendengar
penjelasan dari para malaikat yang lain, lantas Tun Azazil memanjatkan doa
kepada Allah. "Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka. Demikian hebat nya Tun Azazil.
Tun Azazil selain jadi penghulu malaikat yang menjaga syurga Malaysia, juga mendapat gelaran2 yang mulia dari para penghuni syurga. Bapa kemodenan, penghulu yang terbaik dan seumpamanya. Ada juga seorang mamat yang menggelar Tun Azazil sebagai mahluk yang boleh berjalan atas permukaan air. Seluruh penghuni alam menggelar Tun Azazil dengan panggilan yang penuh kemuliaan dan berbeza-beza.
Tun Azazil selain jadi penghulu malaikat yang menjaga syurga Malaysia, juga mendapat gelaran2 yang mulia dari para penghuni syurga. Bapa kemodenan, penghulu yang terbaik dan seumpamanya. Ada juga seorang mamat yang menggelar Tun Azazil sebagai mahluk yang boleh berjalan atas permukaan air. Seluruh penghuni alam menggelar Tun Azazil dengan panggilan yang penuh kemuliaan dan berbeza-beza.
Di langit
pertama, Azazil digelar Aabid yakni ahli ibadah yang mengabdikan diri luar
biasa kepada Allah. Di langit kedua, Azazil diberi gelaran Raki yakni ahli ruku
kepada Allah. Di langit ketiga, digelarnya Azazil sebagai Saajid atau ahli
sujud. Di langit keempat, Azazil mendapat jolokan Khaasyi kerana selalu
merendah diri kepada Allah. Di langit kelima, disebut Azazil sebagai Qaanit
kerana ketaatannya kepada Allah. Di langit keenam, digelar Azazil sebagai
Mujtahid kerana ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah. Di langit
ketujuh, Azazil turut dipanggil Zaahid kerana sederhana dalam menggunakan
sarana hidup.
Demikian
lah
hebat nya Tun Azazil. Selama lama Tun Azazil, penghulu para malaikat
menyandang semua gelaran kehormat dan kemuliaan tibalah suatu masa
ketika para
malaikat melakukan Perhumpunan Agong parti mereka. Perhimpunan telah
diadakan di Baitul alPutera alWorld alTrade alCenter. Mereka di beritahu
oleh Allah,
zat pemilik kemutlakan dan semua niat, maksud Dia untuk menciptakan
khalifah di
bumi. Maksud Allah disebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 :
"Sesungguhnya
Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
Semua
malaikat hampir tersentak menjawab mendengar kehendak Allah. Ya lah, monopoli
kuasa yang mereka milik selama ini, harus pula dikongsi bersama dengan manusia
lain. Para malaikat jadi khuatir dan
menyatakan protes mereka kepada Allah. Lalu Allah jawab "Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah : 30)
Apabila
Allah mencipta manusia yang bernama Adam, Allah menyuruh semua malaikat agar
bersujud kepada Adam, sebagai wujud kepatuhan dan pengakuan atas kebesaran
Allah. Seluruh malaikat pun bersujud, kecuali
Tun Azazil. Sebab itu Allah sebut: " Dan ingatatlah ketika Kami berfirman
kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka
kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk golongan
orang-orang yang kafir" (Surah Al-Baqarah : 34)
Tun Azazil
merasakan sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan sebutan
kemuliaan, tak perlu bersujud kepada makhluk lain termasuk Adam kerana merasa
penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah-laku dan sikap
Azazil, lalu bertanya serta memberi gelaran baru baginya iaitu Iblis.
"Hai
Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan
dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur)atau kamu merasa
tergolong di kalangan orang-orang yang lebih tinggi?"
Mendengar
pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil sebaliknya ia
malah menantang dan berkata:
"Wahai
Allah. Bagaimana aku nak sujud kepada Adam sedangkan selama ini aku dan Engkau
adalah satu dan pengetahuanMu adalah pengetahuanku dalam kekuasaanMu. Bagaimana
aku nak sujud kepada makhluk yang akan menumpahkan darah dan permusuhan? Ya
Allah, sesungguhnya Engkau telah ciptakan aku dari api yang menyala dan Engkau
ciptakan dia dari tanah. Aku tidak akan sujud kepada dia." la. nahi.
Mendengar
jawapan Azazil yang sombong, Allah berfirman : "Keluarlah kamu dari
syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".
Sejak itu
Tun Azazil atau Iblis tidak lagi berhak menghuni syurga. Kesombongan dirinya
yang merasakan ia lebih baik, lebih mulia dan sebagainya berbanding makhluk
lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata.
Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.
Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.
No comments:
Post a Comment