SALEPAS Pas , umngok pula akan mengadakan perhimpunannya hujung minggu depan .
Bersorak sorai lah ayam jaguh merah putih di pwtc , masa tu dunia milik mereka , apa yang dikata jadi akta dan yang di cadangkan akan terus dilaksanakan tanpa peduli pandangan rakyat , apa yang penting , itu medan mereka dan mereka berhak memperkata dan melaksanakan .
Rakyat peduli apa kerana jika rakyat boleh di kelentongkan , tiada masalah untuk mereka berkuasa .
Soalnya , sudah berapa lama umngok macam tu dan sudah berapa lama pulak rakyat memendam rasa , menjeruk diri dalam kesukaran dan keperitan akibat dasar umngok yang mementingkan kroni dan keuntungan peribadi .
Cakap lah apa pun , buat lah apa pun , adulah macam mana pun selagi tangan memangkah dacing juga selagi itu , umngok tidak akan berubah .
Tidak ada perubahan kecil pada pemimpin umngok , selagi diberikan kuasa walaupun sadikit , mereka akan gunakan sehebat mungkin , tak dapat tengkuk , kepala di peletuk juga .
Itu tabiat dan resam mereka , tidak akan berubah dan perubahan hanya akan berlaku jika mereka sudah tidak berkuasa lagi , itu pun jika diberikan sadikit kuasa pun , mereka pasti akan memanipulasikan jugak .
Di peringkat nogori sendiri , KJ dah hanyut dengan falsafah sendiri tak mahu bertanding pru kecuali di desak oleh presiden , biadaah punya alasan , macam orang bodoh dan macamlah dia hebat sangat sampai presiden nak paksa dia bertanding sedangkan presiden sendiri tak ngam dengan dio .
Mat asan , orang dah tak suko , jika tak tak akan ada yang berdiri dalam lecak dan hujan lebat menyokong pr sedangkan mat asan gunakan tektik lain untuk menyekat orang ramai kesitu .
Punya lah pembelit , mohon tanah berkali-kali , tapi tetap di tolak atas alasan yang bukan-bukan dan banyak daripadanya tak ada alasan pun , bila jumpa tunjuk muka baik , poorah lah .
Dalam umngok pun sering berburuk sangka , mail dan asan kepiting mana ngam , mat asan dan timbalannya shaziman mana ngam dan rais yang dah janji pru ke 12 lalu sebagai pru terakhir baginya , dikatakan masih hendak lagi jawatan tu .
Harapnya , biarlah perhimpunan di pwtc ini kali terakhir umngok buat disitu , lepas ini bangunan itu jadi bangunan awam dan semua parti termasuk ngos boleh mengadakan apa-apa majlis disitu .
Mari kita doakan kekuburan umngok macam di kelantan tu , Tuhan maha mengetahui dan maha mengasihi .
Amin.....................
PP - Insya-Allah akan hadir di PTC
No comments:
Post a Comment