BLOG INI TIDAK MENGAJAK ANDA BERSAMA , APA LAGI MENERIMA PANDANGAN YANG DIBERI , CUMA INGIN MEMBUKA MINDA ANDA KEPADA PANDANGAN ORANG LAIN . MUNGKIN IANYA BERSIFAT PERIBADI TETAPI TIADA UNSUR FITNAH DAN PERASAAN BENCI YANG DILONTARKAN . JADI " KAU FIKIR LAH SENDIRI "
Saturday, July 21, 2012
PENGUNDI JOHOL MACAM JANDA BERHIAS , HE, HE..
ENTAH kenapa sejak mutakhir ini orang Johol semacam mendapat durian runtuh pulak .
Lepas satu pemimpin pusat datang , datang lagi pemimpin tempatan dan negeri .
Kemudian banyak pulak acara dan kemeriahan diadakan , saban minggu , kalau tak dari pr dari be end sendiri , macamlah orang Johol ini di gilai sangat sampai kan tak menang tangan untuk menghadiri majlis yang diadakan .
Muhyiddin dah datang , mat asan jangan kira lah , dulu samad yanag ditugaskan menjaga Johol sekarang mail pulak , asan kepiting mematau sepanjang masa , beruntung lah rakyat Johol .
Dah lebih setahun rakyat dan pengundi Johol jadi macam ayam berak kapor , terbiar , ada wakil rakyat sakit pada masa itu , tak boleh buat kerja , bila kerusi tu kosong kerana ybnya meninggal , tak boleh pulak isi kerana masa dah dekat pru .
Tinggal haji redan yang menjalankan tugas sebagai wakil yb , setakat manalah haji redan boleh buat sekadar duduk di pejabat adun Johol boleh lah .
Beberapa minggu lalu , perhimpunan hijau ke putrajaya di diadakan di air mawang , dalam kawasan Johol .
Yang hadir ramai tapi biasa lah puak umngok mengatakan yang hadir tu orang luar kerana bayak plet kereta bukan plet ns .
Bongok punya conclusion , macamlah orang Johol semuanya pakai plet ns pada kenderaan mereka .
Tanyalah anak aseh cek mat yang diberitakan nak turun sebagai calun payung terjun di Johol , kereta dia plet ns ke ?
Dimasa yang sama , ada majlis di renggoh anjuran umngok dan kemudian nya ada pulak pertandingan futsal di pekan Johol .
Kenduri sakan orang Johol dan semuanya itu berlaku kerana pengaruh umngok disitu dah merosot , mungkin kerusi itu bakal jatuh ke tangan pas , tengok gaya macam tu lah .
Bila dah goyang , bila dah nak ruyup baru beriya-iya nak jaga orang Johol , selama ini apa yang di buek ?
Pekan Johol , Kuala Johol dan Air Mawang sejak dulu kala macam tu lah , tak berubah-ubah , jangan kan nak bertamabah cantik , indah dan menguntungkan orang ramai malahan makin menyemakkan kerana bangunannya pun dah lama-lama belaka .
Agaknya kena bagi pas menang barulah pekan itu berubah ?
PP - cuba kalau tak mana tahu nikmat nya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cecito kisah guru besar SK Dato' Inas, ramai orang kato hutang keliling pinggang! Yoko?
den sayang johol..
Post a Comment