Friday, February 10, 2012

JKKK DAN PERANAN NYA


KERANA inginkan kuasa dan kedudukan ,  Kopilah mungkin antara daerah yang mempunyai bilangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) terbanyak dalam NS .

Daerah lain sekadar kurang 50 ke 100 JKKK tetapi di Kopilah terdapat 125 JKKK yang membawa makna terdapat 125 ketua kampung dibawah 5 dun iaitu dun pilah , seri menanti , juasseh , johol dan senaling .

Ini bermakna bayaran elaun  untuk sebulan bagi daerah Kopilah ialah RM800 X 125 sebanyak RM 100,000 .

Bayangan banyaknya belanja untuk menanggung elaun pengerusi JKKK ini sedangkan ada JKKK tu kawasan seciput aje .

Contohnya dari Kopilah ke Senaling terdapat JKKK  pekan lama , seberang pekan , tebat kering , batu 1 jalan tampin , batu 46 , taman bahagia delima , taman bukit intan dan senaling sedangkan jaraknya tidak sampai pun 5 kilometer .

Bob ketua kampung taman bukit intan contohnya hanya jaga satu taman tanpa sebuah pun rumah tradisi dan batu 1 jalan tampin adalah pecahan dari JKKK tebat kering .

Begitu mudah untuk tubuhkan JKKK di Kopilah , ada cawangan umngok , ada cadangan dan disokong oleh wakil rakyat , tertubuhlah sebuah JKKK dan berbelanja lah kerajaan sebanyak RM 9,600 setahun untuk JKKK yang ditubuhkan itu .

Itu belum masuk lagi peruntukan yang lain termasuklah membina balairaya , surau atau kemudahan lain dimana sikap JKKK ialah , apa yang ada pada JKKK lain mesti ada juga pada JKKK itu juga .

Satu masa dulu ada wakil rakyat yang mengubah nama taman menjadi nama desa bagi mengabui mata bahawa JKKK itu adalah JKKK kampung tradisi dan wujudlah beberapa taman saperti desa jemapoh dan desa anggerik yang ada JKKK manakala yang lainnya pula mewujudkan gelaran kampung taman saperti JKKK kampung taman bukit intan dan JKKK kampung taman bahagia delima .

Itu belum masuk lagi dengan keputusan pihak berkuasa tempatan yang mewujudkan jawatan pengerusi taman yang fungsinya seakan-akan sama , maka bertambahlah jawatan yang diwujudkan dan muka-muka yang memegang jawatan itu orang yang sama juga .

Maka bila menang sebagai ajk umngok bahagian mulalah mencari habuan setidak-tidaknya menjadi ketua kampung atau nazir masjid .

Kemudian , mula pusing keliling mencari mana-mana peluang untuk dirembat macam peluang kontrak atau tapak perniagaan .

PP pun kenal mizan ini yang mana sebelum menjadi ketua di pilah perdana , menjadi ahli di cawangan bandar tetapi kerana ingin menjadi ketua tetapi tidak mendapat sokongan , wujudkan cawangan baru bersama-sama saiful dan jadi ketua .

Saiful entah kemana sekarang ini satelah tidak berapa dipakai lagi dan mizan pun dah hebat kerana dapat berniaga di tapak yang dibina sendiri tentunya atas kebenaran majlis daerah cuma persoalannya bagaimana kebenarana itu di perolihi .

Kalau ada maklumat lanjut tentang tapak perniagaan mizan ini , muatkan dalam rungan komen untuk PP baca dan halusi .





PP - sentiasa berhati-hati dengan eeee yang berlagak lebih melayu daripada orang melayu .


1 comment:

Anonymous said...

Terimo kasih atas membongkar penyelewengan di kualo pilah.yang den angin ni ,mbkp sungguh copek dan cokap mendondo orang buek pagar kek taman. Contoh kek taman yg dio jadi ketuo.sodih , cian orang tu.bilo dio buek tak do pulak pelan buleh lulus. Ni apocito .Yb anan tolong jawab,Yb mail mohon jawab. ???????????


Anakjatipilah