Monday, February 13, 2012

CALON BARU MB ?

gambar hiasan - apakah tiga nama itu akan jadi saperti ini ?

CAKAP-cakap di kedai kopi salepas lawatan PM jumaat lalu ialah bahagian Kuala Pilah , Jempol dan Rembau berkemungkin besar akan melahirkan saorang tokoh MB baru salepas pru ke 13 nanti jika be end kembali menerajui kepimpinan negeri ini .

Cakap itu menamakan dua ahli parlimen dan saorang dari peringkat dun antara muka yang hangat di dendangkan berdasarkan ketokohan dan kredibiliti mereka .

Di Kopilah sendiri , ada 6 wakil rakyat dari lima dun dan satu parlimen dan dua dikatakan memang berhajatkan jawatan itu kerana jika salah satu menduduki kerusi diperingkat kepimpinan negeri , maknanya yang lagi satu kena blah , kena sepak ketepi .

Diantara keduanya , saorang tengah harum namanya di peringkat pusat walaupun sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemungkinan beralih angin menjelang 16 september yang lepas tetapi kerana kedudukannya sekarang baik , kemungkinan itu agak mustahil sekarang .

Lagipun hubungan wakil rakyat ini dengan DSN agak baik dan mat asan pun suka pada dia .

Manakala yang sorang ini , bekas orang kuat isa samad  yang kemudiannya beralih angin ke mb yang baru dan mutakhir ini dikatakan agak kurang mesra dengan mat asan .

Orang kalau dah terbiasa berpindah randah akan berpindah randah juga akhirnya .

Orang Kopilah memang kenal dua tokoh ini , yang pepulor tu agak kepiting sikit , ini kali kedua namanya naik dulu masa isa samad lambat dilantik sebagai mb , nama orang ini lah yang menjadi sebutan .

Nasib baik tak jadi , kalau jadi ruyuplah calon yang lagi satu .

Di Jempol orang dah boleh agak siapa yang bakal di bawa ke negeri kerana tokoh ini memang smart cuma sejak akhir-akhir ini banyak pulak petualang yang nak menariknya turun .

Sementara di Rembau , pelesit PP memaklumkan , tokoh baru dua penggal ini yang diberitakan bakal menggantikan mat  asan ada gelaran datuk dan dr dipangkal namanya .

Siapa dia , sendiri fikirlah ..................




PP - kalau calun Kopilah yang jadi MB , nampak gayanya berubah anginlah politik kopilah , itu pun kalau be end menang ...




6 comments:

Anonymous said...

Kalau pilah, solosai masalah polong, poloset & hantu rayo belaan yb2.Dan masalah mdkp



Naikhantu

Anonymous said...

Tokoh Rembau ni duduk mana? Kek kampung tak berumah, MB macamano?Nak ruyuplah UMNO nie kok cam ni ghayo eh...

Anonymous said...

Tokoh Rembau nie? Kek kawasan pun tak berumah, MB apo? Tapi UMNO tak apo boleh monang..Lotak sapo calun pun monang. Kok boleh MB tu cari yg kaki2 mcm Dr ni eloklah, tak borapo corodik dan kaki ikut habih..

Anonymous said...

Ado kawan kek cawangan tokoh Rembau ni kato, cawangan bakal MB ni tak ado sempadan.Kalah bertanding Ketuo Cawangan , bukak cawangan baru, pilih2 orang dan jadi ketuo cawangan. Boto ko?
Memang dio ni tak ado rumah pun kek kawasan. Dan dongar eh tak ponah jumpo kek masjid kariah dio. baik hari biaso, jumaat atau pun rayo poso dan rayo aji. Camanano nie?

Anonymous said...

Rombau so Rombau eh
Pokong sodoalah eh



BangBongek

Anonymous said...

semogew kau jadi MB laaaa ye !!!