Sunday, January 15, 2012

PENEROKA FELDA - PAHAMI LAH MAKNA DURIAN RUNTUH


Penyenarai FGV akan memberikan pulangan DURIAN RUNTUH kepada peneroka kata pemimpin utama umngok .

Dengar durian runtuh , peneroka mesti terbeliak mata kerana durian runtuh dikaitkan dengan laba yang banyak .

Maksud lainnya ialah , bila durian runtuh makna akan banyak duit masuk kekantung peneroka felda , tapi apakah peneroka sekarangcerdik atau bingai untuk mentafsir secara mudah makna durian runtuh itu .

Kalau bingai sangat dan buat-buat tak paham , biar PP jelas , simpulan bahasa durian runtuh ini merujuk kepada pokok durian yang dahannya sekah , dahan itu banyak buahnya dan bila dahan yang buahnya banyak itu sekah , habis semuanya melarah turun .

Ada yang muda , ada yang tua , ada yang masak dan putik durian yang ada pada dahan yang sekah itu pun ada , maka gembira sakanlah pemilih pokok durian yang dahannya sekah kerana boleh dapat sekali gus .

Sekali gus itu betul lah , tapi yang busuk , yang mengkal , yang masih putik dan yang belum masak pun termasuk dalam kejadian durian runtuh itu .

Yang masa pun mungkin ada , merasalah tetapi salepas dahan durian itu sekah , dahan itu pun terkulai dan mati , dan saalepas mendapat durian runtuh jangan haraaplah untuk menikmati durian lagi .

Mudah kan , salepas penyenaraian ada yang jadi OKB sekejap , macam peneroka sendayan dan labu , sekarang apa jadi , nak bayar bil letrik pun minta tolong kat anak .

Bunyi durian runtuh memang sedap tetapi jika makna tak dipahami dan bebal , sendiri yang akan susuah dan sendiri mahu ingatlah .

Yang menyenaraikannya bukan memperolihi durian runtuh tetapi penyenaraian itu ibarat menanam baru pokok durian , tidak berapa lama salepas durian peneroka runtuh , pokok pun mati mula lah pokok baru orang besar-besar felda berbuah , masa itu jangankan merasa makan buah durian , mencium baunya pun belum tentunya .

Kalau nak senang , berusaha dan kerja kuat , bukan mengharapkan durian runtuh dari pemimpin yang sentiasa menganggap rakyat ini bodoh dan hanya mereka yang pandai , maksum dan tahu segala-galanya .

Kalau benar mengharapkan laba sepanjang masa , elok peneroka memangkah pr kali ini , lebih baik dari menerima durian runtuh yang hanya sekali macam bantuan 1 malaysia  , lepas terima dan menang pru nanti , entah berapa puloh cukai baru akan dikenakan , baru padan muka , runtuh betul jadinya .

Pemimpin yang bercakap durian runtuh itu sebenarnya tidak sejujur pemimpin yang akan menghapuskan tol atau menurunkan harga minyak kerana walaupun ia tidak runtuh sekali gus tetapi sekurang-kurangnya , harta rakyat tak kena usik untuk sebarang tujuan mereka .

Asas penubuhan felda kena dikembalikan dan untuk tujuan itu , ABU mesti di realisasikan .


PP - elok kalau durian yang runtuh itu menghempap kepada mereka semua ini .

No comments: