Thursday, November 3, 2011

PEMBINAAN IMEJ

PEMBINAAN imej memang penting terutamanya kepada mereka yang imejnya telah tercemar dan salah satu cara bagaimana untuk memulihkan kembali imejnya ialah membuat come back dalam pemulihan imej .

Ini yang berlaku sekarang , penasihat-penasihat sedang berusaha untuk memulihkan imej tokoh tertentu yang tercemar dan sudah mula dipertikaikan orang tetapi pemulihan imej juga perlu menjalankan prosesnya mengikut aturan dan peraturan tertentu .

Jika pemulihan itu saolah-olah sesuatu yang sengaja dibuat , sengaja diada-adakan dan dirancang sebegitu rupa , maka pemulihan imej itu boleh menjadi back fire semula kerana hari ini , oranag ramai tidak lagi menilai dari satu souce sahaja , apa sahaja source yang ada akan digunakan dan penilaian demi penilaian akan diwacanakan .

Kerana itu lah pemulihan imej perlu dijalankan dengan jujur , penuh dengan maruah dan dijalankan secara  tidak terancang , bagaimana boleh kamera canggih boleh dibawa dalam masjidil haram sedangkan dipintu masuk kamera saperti itu akan dirampas kecuali kalau kamera talefon atau melalui cara curi-curi bawa .

Dengan mutu gambar , dengan pencahaya yang baik , dengan sudut yang sesuai dan tepat menjadi gambar itu macam gambar yang dirancang , gambar yang sengaja diadakan-adakan sebagai satu bukti yang akan digunapakai untuk maksud tertentu .

Sana sini rakyat berbisik , jemputan menunaikan haji adalah jemputan Tuhan dan  sesiapa yang menunaikan haji adalah atas jemputan Tuhan tetapi jika sekiranya , jemputan itu dirancangkan sebegitu rupa dengan kemudahan dan keselesaan , saolah-olah ianya bukan jemputan tetapi adalah kedatangan tetamu yang memaksa tuan rumah menjemputnya .

PP tidak mengulas lanjut tetapi cukup sekadar kalau dikatakan bahawa perunding imej telah melakukan kesilapan kerana umat Islam tidak menilai keImanan sasaorang bedasarkan besarnya serbannya atau berapa kali dia menunaikan haji tetapi ialah bukti yang ditunjukannya berdasarkan apa yang  terkandung  dalam hatinya .

Jika ikhlas , Allah akan melimpahkan rahmatnya tetapi jika sebaliknyanya , azab ku amat lah pedih saperti sepotong ayah Allah dalam Al Quran .



PP - dah pernah jadi tetamu Allah .

No comments: