Wednesday, October 5, 2011

ANGAN-ANGAN SAHAM CAAH,SAMAH,SHAMSUL,JALIL MELONJAK ...... ?

ALFATIHAH ..

Yang hidup pasti mati dan yang mati pasti akan dibangkitkan semula di hari akhirat nanti , tarikhnya saja hanya Allah yang tahu .

Macam YB Johol , dalam ramai yang berharap supaya dapat prk disitu , Allah tak makhbulkan dan ada hikmatnya bila YB Johol meninggal salepas prk tidak lagi perlu diadakan lagi .

Jika tidak sekali lagi umngok" berperang " dengan pembangkang untuk mengekalkan status quo mereka , sekarang hanya tunggu pru dan samad ibrahim yang tanggung kerja tu nampaknya terpaksa kerja lebih keras lagi lah .

Pertama untuk mengekalkan kerusi itu terus dibawah be end dan yang paling bahaya ialah bagaimana nak melayan karenah calun-calun yang berhajatkan kerusi itu .

Tak salah kan ?

Kerana kerusi itu kosong , penyandangnya sudah meninggal dan calun yang layak ramai , samah dari padang jual , caah dari air mawang , shamsul dari renggoh dan jalil , calun pemuda  dari malan adalah antara tokoh yang dikatakan berpotensi untuk diketengahkan .

Secara kasar , samah pernah membawa mantan pi em , mahatet datang berceramah di kawasaan lapang sebelah kubur cina pekan johol sikit masa dulu .

Kabarnya mail kecik hati dan buat acara lain untuk tarik perhatian , rasanya mail tak kan beriya-iya nak bawak nama samah naik jumpa mat hasan .

Caah pula memang mantap dari segi pengelaman tetapi helah caah bukan sikit , pernah hilang masa pertandingan ajk bahagian semasa buat sembahyang hajat di masjid jamik kuala pilah , tup tup ada nama dalam kem mail , itu pasailah menang .

Orang johol menyampah bila dengar ada orang sebut nama caah .

Shamsul pula orang kuat asan kepiting , hasan memang sokong punya tambahan lagi asan adalah ketua be end Kopilah , apa lai , ini peluang untuk asan tambah pengaruh dan kalau sebelum ini YB johol penyokong mail , apa salahnya kali ini , Yb johol penyokong setia asan , itu pun kalau boleh menang lah .

Jalil dari malan tidak kurang hebatnya , pemuda memang mahukan budak kampung ini tetapi bukan sebarang orang jalil sekarang , setakat mukriz , senang-senang aje talipon terus jawab .

Lagi pun jalil ini dah jadi orang kuat asan kepiting juga .

Dari segi umngok , nampak gayanya orang asan kepiting akan menjadi calun johol , rasenya kalau tidak shamsul , pastinya jalil  .

Yang lain , telan air liok dan pandang aje lah .


PP - sekadar meramal

1 comment:

Anonymous said...

Bro, Hj Saiful? Saya rasa kalau dia mungkin jugak harapan PKR akan menurun kerana ramai jugak orang Johol yang kata yang ini calun "boleh menang"