Sunday, September 18, 2011

LU PERCAYA KAH ?

GUA nak tanya lu orang penjengah blog gua ni , lu percayakah dengan apa yang pi emm kita cakap tu ?

Kalau lu percaya , percaya lah , tapi bagi gua bhai macam mati hidup balik pun gua tak percaya .

Apa tidaknya , dah banyak kali kena kencing , paling dekat masa perhimpunan bersih dan kemudiannya bila tubuhkan  jawatankuasa untuk mengkaji spr , apa sudah jadi , belum pun panas menjadi suam apa yang di cakapkan , sudah pusing balik .

Lu tak percaya , tunggu sehari dua lagi , pasti pusing punya , sekarang pun dah mula puisng apabila cakap tak da noktah , padam satu timbul dua , apa macam kalo itu macam kerana yang timbul mungkin jauh lebih teruk yang dipadamkan .

Macam padamkan api dengan minyak tanah , bomba kata gunakan cecair lalu ambik minyak tanah , apa jadi , bukan api tu yang padam , kita sendiri pulak yang terbakar dan padam .

Kata aspan , jangan raya dulu , kata tu tak ada noktah , nanti syok sangat , ketawa sampai keluar air mata sedih .

Yang jelas , tidak ada sesuatu itu di buat untuk tidak diambil kira kesannya kepada umngok kerana umngok tidak mencipta sesuatu untuk memusnahkan umngok itu sendiri .

Umngok hanya buat jika ada untung , macam projek jika untung , boleh dilaksanakan biarpun rakyat yang menerima kesan kerugian , tak pa kerana yang penting umngok sendiri untung .

Ingatlah , jika tak untung pada umngok , umngok tidak akan buat , fikirkan itu .

Percayalah , umngok sekarang sedang mengira berapa banyak untung yang boleh dinikmati hasil pengumuman itu berbanding kerugian , jangan fikir umngok akan buat kerana ikhas atau mendengar cakap rakyat .

Tak adanya umngok akan buat begitu , jangan terpengaruh , tetapkan hati , pangkah , jangan tak pangkah asalkan bukan dacing .


PP - sekali tak dacing , tetap tidak dacing macam kata aspan lai , sekali bohong tetap bohong selamanya .

1 comment:

Unknown said...

teruskan perjuangan.