Tuesday, May 31, 2011

BUEK LAH SESUKO HATI KAU JANG ....

SEWAKTU menikmati teh tarik di kedai ameng , parit , PP terdengar satu perbualan dari dua lelaki berhubung dengan keadaan semasa sekarang .

Gula naik harga , tarif eletrik naik , harga makanan naik , barangan di kedai naik , kedai mamak sesuka ahati meletalkan harga rojak dan milo ais yang mereka jual, kos pengangkutan naik dan serba serbinya naik dan semua berpunca dari keghairahan pihak tertentu untuk menaikan harga apabila sahaja ada peluang .

Yang menerima akibatnya ialah rakyat , yang menjadi pengguna sepenuh masa , yang mempunyai pendapatan dari satu punca dan sekadar cukup makan aje , sedangkan gulongan yang beriya-iya menaikan harga itu , lansung tidak merasai kesan apa yang dikatakan naik itu .

Maklumlah , naik kereta ada pemandu , kereta pulak besar tak terasa jalan yang rosak , cukaia jalan pun tak bayar ,  bawak laju  di lebuhraya jarang kena saman , tol pulak tak bayar dan kalau jumpa orang , orang itu yang belanja .

Ke pasar atau  kedai runcit jarang sekali , mana nak tahu harga barang naik ke tidak , ikan kembong yang dah merah mata pun berharga RM 14 sekilo kerana kekayaan mereka melimpah ruah dan banyak pula elaun yang menyebabkan mereka lansung tidak terjejas jika negara ini tidak memberikan subsidi sesen pun kepada rakyatnya .

Penat berbahas sakan , salah saorang daripadanya berkata " buek lah sesuko hati kau jang , selagi ada peluang , kerana salepas ini , jangan haraplah kerana mata yang melihat , telinga yang mendengar dan mulut yang berkato , tidak boleh menerima lagi umPORno ini memerintah .

PRU ke 13 akan menjadi saksinya dan terimalah nasib salepas itu  "

Terpegun PP dan terasa tidak sabar untuk melihat asan yang dah lima penggal , mail tiga penggal , razi dan sulan dua penggal manakala samad dan anan 1 penggal , menjadi BYB pula atau bekas YB .

Mereka dah tak kisah , nak hapuskan subsidi ke , nak naikan minyak ke , nak kenakan gst ke , naikan harga ayam , telor atau tepung dan beras kerana mereka sudah lali mendengar kata-kata pembongak yang dihamburkan saolah-olah parti yang memerintah sudah tidak lagi menjaga kebajikan rakyat sebaliknya kebajikan mereka sahaja .

Jadi tunggu apa lagi , adaakan lah pru segera , senang kami nak buat keputusan , katanya .


PP - berharap cepat pru untuk melihat kata keramat itu menjadi kenyataan

3 comments:

Anonymous said...

pas ni pon satu,maso pru dilotak eh, colon tak menureh.orng boto jam yg tak boto-boto.orng cuci keto yg tak bersih-bersih.lotak lah colon yg mantap. tu den sokong


lipanbaro

Anonymous said...

lotaklah alias tijat bekas pengetua sekolah menengah tunku besar bahanudin.calon ni popular.ada kelulusan.pengetahuan agama pun tinggi.tentu guru,bekas anak murid,ibu bapa sokong.den pun bersukong punuh.


bijilangsat

Anonymous said...

miza dan chief tu saudara ke?