Thursday, April 7, 2011

RON " KUDA TUA "

PP kenal banget ( kata orang indon ) dengan Ron ini , sejak dia masih jadi ketua pemuda Pt Sulong dan masih jadi setpol Musa Hitam .

Pelajaran tak lah tinggi mana tetapi kerana nasib baik , dapat lah jadi MP , itu pun salepas puas mencilok dari Sharifah Dora dan mengampu Reduan Salim .

Pernah sekali tu , Ron bagi tau dia hendak bertanding jawatan ketua apabila Reduan Salim nak melepaskan jawatan itu kepada setiausahanya tetapi memandangkan Ron sendiri , tak ada kekuatan , terpaksa mengubah kepada timbalan ketua dan kemudiannya mengalah kepada Ariss Shamsudin , kerana Aris yang dikatakan bekas posmen , lebih berpengaruh berbanding Ron .

Tapi bukan itu yang PP nak bualkan , tetapi komen Ron sebentar tadi bahawa BN di Serawak , berada dalam keadaan selesa .

Baguslah Ron , biar BN bermain dengan keselesaannya , kerana hujah Ron ialah hujah orang semenanjung serta di pengaruhi oleh rasa riaknya kerana pernah jadi MP dan bekas wartawan pula , tetapi hakikatnya BN akan kehilangan majoriti 2/3 dalam dun Serawak .

Itu sudah lebih baik daripada menjadi kerajaan di sana kerana tidak mudah untuk menang dikawasan dimana ramai rakyatnya susah walaupun negeri dan pemimpinnya kaya dan bergelar belaka .

Kuda Tua mana sama lari nya , jadi Ron tertinggal Belon lah nampak nya dan PP dapat rasakan orang kuat perkasa ini sebenar , sedang menunggu masa untuk rebah aje , daki Ron banyak termasuk kepada PP sendiri walau pun Ron pernah membelikan talifon bimbit kepada PP tetapi hadiah talifon itu terlalu jauh nikmatnya jika dibandingkan pedihnya dengan ucapan Ron dalam perbincanga disebuah hotel di Kuala Lumpur sekembalinya dari kempen untuk menaikan Mahyuddin ke jawatan Naib Presiden .


PP - Ron mengatakan PP adalah pengintip yang ingin menjatuhkan Mahyuddin sedangkan PP lah yang mengangkat beg Mahyuddin di setiap lapangan terbang dalam kempen seminggu itu .

No comments: