PRU Serawak dah selesai , BN memang menang besar biarpun tak sebesar 2006 tetapi pokoknya , BN menang dan kembali berkuasa dan Taib menjadi KM sejam salepas diumumkan menang .
Begitu lah adatnya , bila yang berkuasa buat sistem demokrasi , tentulah mereka buat untuk membolehkan mereka kembali berkuasa dan sistem yang ada tentulah juga untuk memudahkan mereka dan membolehkan mereka kekal di situ .
Adil juga subjektif , siapa yang berada disitu , hampir pasti akan buat perkara yang sama , mana ada yang ikut 100 % ikut ajaran yang lurus kerana yang kuat ilmu agamanya pun , ada pahaman sendiri yang memihak kepada mereka .
Terima saja lah , suka tidak suka , undi dah diputuskan , betul tak betul , jujur tak jujur atau main belakang atau tidak , sendiri lah fikirkan .
Mungkin ramai yang inginkan perubahan total tetapi ramai juga yang takut dan tak sanggup untuk mengambil resiko dari perubahan itu .
Ini lah yang dimainkan BN , dah BN memang berjaya dalam isu itu , tinggal lagi kenapa Pas , tidak berjaya bertapak biarpun satu kerusi .
Jawabnya mudah , Pas masih kekal dengan sistem lama dan saperti kata aduka taruna , minda pas macam tu juga , tidak pernah bekerja dengan keras dan berfikir diluar kotak , jadi nasib pas jadilah macam nasib PKR , biarpun PKR baik sadikit .
DAP yang bijak , jangan lepas ini , pas buat patung bulan pula dan cuba jual masa pru akan datang , jika begitu , pas akan lebih teruk lagi kalahnya .
Di Kopilah sendiri , pernah kah pas masuk kampung atau taman , berjumpa dengan orang ramai , yang ada buat ceramah kemudian kutip derma , itu sahaja lepas tu kira berapa ramai yang datang , itu sudah lapuk .
Masuklah taman fatimah ke , taman angkasa , dioh atau kg pilah tengah untuk memperkenalkan dan menarik sokongan , ceramah ini dah tak main lagi lah .
Jangan bila kalah , mula cuba buat post mortem dan kemudian lesap begitu saja .
PP - macam mana lah agaknya PR jika tiada DAP
1 comment:
UMNO akan akhirnya jatuh juga. Percayalah! Kalaulah orang macam Ismail Lasim dan geng itu yang berkuasa UMNO tidak lama lagi akan kecundang juga.
Isu nasinaol akan jadi isu besar kali ini. UMNO pun dah tak bergerak lagi.
Usia UMNO tidak panjang lagi.
Post a Comment