Friday, February 18, 2011

BROTHER TURUN KE STATE

RAMAI yang meramalkan , brother akan bertanding lagi dalam pru akan datang dan kali ini brother akan kembali bertanding di Juasseh , kerusi yang pernah di dudukinya dua penggal sebelum bertanding kerusi parlimen yang di kosongkan oleh Abu Zahar Ujang .

Tak kan nak bertanding ke kerusi state dan duduk diam gitu aje , khabarnya brother akan duduk dikerusi utama dinegeri ini .

Cuma yang tak sedapnya dengan brother ini sikap gengam tak tirisnya dan perangai along yang tidak banyak membawa sokongan kepada bapanya .

Ramai yang rimas dengan berita tersebut walaupun belum tentu benarnya tetapi ianya tidak mustahil kerana penggal kedua menjadi adun , nama brother pernah disebut-sebut bakal MB apabila Isa Samad , lambat mengangkat sumpah MB sedangkan negeri-negeri lain , perlantikan MB sudah selesai .

Waktu itu , brother diberitakan gementar sikit kerana cerita saperti itu boleh menggelamkan nama  beliau tetapi bak kata perpatah , benih yang baik jauh ke laut menjadi pulau , sejak berita itu dah 4 penggal brother jadi YB , dua penggal di DUN dan dua penggal sebagai MP .

Tuah brother lah , yang poning mungkin mail and the geng kerana kuncu-kuncu ini lah yang kuatir peningkatan brother dalam politik terutamanya satelah DSN menjadi PM , lagi pun mail dan 3 penggal menjadi adun dan 2 penggal sebagai exco .

Peluang sekali lagi untuk orang-orang Abu Zahar mengepakkan sayapnya walaupun kebanyakkan mereka berkiblatkan mail satelah tidak berjawatan apabila tewas dalam pertanding .

Zahar pun tidak kurang hebatnya , namanya masih gah di kopilah , pengaruhnya masih berbisa dan kedudukannya masih tidak tergugat .

Salepas menjadi adun dan exco , menjadi MP kemudian menjadi pengerusi Risda , LPP dan sekarang menjadi YDP Dewan Negara .

Mungkin lepas ini , akan ada yang dilantik menjadi Dato Seri Utama di kopilah dan salah saorang itu meungkin brother dan Zahar .


PP - tukang doakan aje .

8 comments:

Anonymous said...

yo ko. kesian brother, ingatkan naik, rupa rupanye turun....hahaha

Anonymous said...

Umor brother pun dah 65++..., buleh lah pencen dah.. bagi pulak orang lain yang mungkin ideanya lagi banyak dan bernas...
Selamat bersara...

Anonymous said...

den pun kesian kek brother...nak turun ko,naik ko,gasaklah brother,..yang ponting gotah totap naik

Anonymous said...

hebat rupo eeh abu zahar ni yo...hebat belakon,hebat membodek, hebat buek demo,mandi bungo pun hebat..hehehe

Anonymous said...

Report card untuk sumo wakil rakyat Kualo Pilah :

Tok Asan: turun state pun tak berguno ..duduk federal pun tak menureh. Janji bulan dan bintang tapi tak boleh nak deliver. Seelok eh ..pencen yo buek kobun.

Tok Mail: kok tak hilang bongkak eh ..tukar yolah. Ado satu cerito ..masuk kodai makan ..langsung duduk yo ..takdo boto nak salam pengundi ..harap an pengundi datang kek dio ..kepalo ayah dio agak eh ..camtu ko wakil rakyat yang nak undi rakyat ..

Tok Lan: tak berapo eloklah cerito hal dio pasal dio pun tak berapo sihat. Konolah dio paham sendiri dan bagi kek orang lain pulak.

Tok Razi: dongki kek orang yang lobih sikit. Takut ngan bayang2 sendiri. Kojo pun tak pandai ..leko dek nak panjang an karier politik dio yang nak mampuih.

Hj Nan: Lalu dopan kodai minam pun tak boleh nak angkek tangan. Menobut yo laju eh. Padahal ..sumo pengundi dio ..biadap eh nauzubillah ..

Selamo duduk politik pilah ni ..banyak lagi pemimpin yang dipalam kek pimpinan sekarang yang boleh buek kojo jauh lebih baik ..borilah peluang kek orang ni sumo ...


Arcadia

Anonymous said...

asan malek turun state ko?

Anonymous said...

brother asan turun state ko??? capai tak agak eee... macam goyang yooo... brother ari tak sentiaso corah,,,,

Anonymous said...

brother asan tebilang ngan KEDO..T ckp tak serupo bikin.. along yo yang konyang bilo dio naik laie... orang2 bawah bekorut dahi bekojo.. anak ee yang konyang... berubah lah brother asan... org buto yo tak nampak... org colik nengok yo ragam brother asan...