SELAIN Mail , Razi Kail adalah antara calun yang selesa kali ini kerana dikalangan ajk bahagian , tidak ramai yang datangnya dari dun Juasseh .
Makna nya tidak banyaklah cabaran buat Razi kalau ada pun cabaran , cabaran itu terlalu kecil untuk memeningkan kepala .
Mungkin Cikgu Shahrom dari Taman Putra Batu Kikir atau Zulkarnain yang duduk di KL tapi kedua-duanya adalah muka baru , yang kurang berkaliber dan masih belum menampakkan ketokohannya .
Atau mungkin Ghafar Rashid dari Juasseh Tengah , timbalan pengerusi tetap nak dipilih sebagai YB ?
Kalau ada mungkin dari kalangan pemuda tetapi sejarah di Pilah menunjukan bahawa calun pemuda kecuali ketua , memang tidak pernah dipilih sebagai calun PRU .
Bekas orang kuat pemuda KK mungkin ada peluang tetapi satelah tewas dalam merebut jawatan naib ketua bahagian pada musim yang lalu ditangan Roslan , KK macam malap aje , blog pun dah tak ump lagi sebaliknya blog abang beliau Aspan , lebih menampakkan kehebatannya .
Jarang tokoh diluar kandaui di pilih sebagai calun , Roslan dan Razi dulu pun dibawa masuk kedalam saf umngok bahagian secara tergesa-gesa sebelum dipilih sebagai calun .
Mungkin kali ini , kes tersebut akan berulang kerana jika diambil kira senarai yang ada , Razi memang berada dalam kedudukan yang selamat .
Tak kan lah nak minta Atan Wahab dari Keru untuk jadi YB Juasseh kerana bukan setakat kalah teruk malahan rakan sekeliling pun terpaksa melarikan diri kerana tidak sanggup berkempen untuk nya .
Biarpun majoriri pengundi di Juasseh adalah Melayu tetapi undi india dari estet Juasseh dan Kg Baru Cina Bukit Gelugor , kedudukan Razi tidak lah seteguh kedudukannya dalam hireaki umngok .
Jika Dap bertanding disitu , dan sokongan orang Melayu yang dah pedup dengan umngok , Razi boleh menggigit jari jika bertanding sekali lagi .
Tambahan lagi , orang Juasseh terutamanya di Pelangai , Beting , Padang lebar dan Tengkek , dah banyak berubah sokongan mereka .
Maknanya , kedudukan Razi atau siapa sahaja calun UBN Juasseh masih lagi 50 - 50 , kemenangan calun yang bertanding dalam pru ke 13 nanti , rasanya tidak sampai 500 majoriti .
PP - tunggu pru 13 untuk lihat ramalan ini betul ke tidak ?
3 comments:
PP NGOK punya ramalan tu boleh pakailah. Walaupun Ngok tapi tau sikit sebanyak hal juasseh
Terima kasihlah PP NGOK
orang beting takk marah yb razi tapi marah dan meluat dengan ketua cawangan merangkap ketua kampong.semua jawatan beri pada anak beranak suku sakat dan semua projek sapu anak beranak. donga kaba dalam boting bukan dio sorang yo berniago,ramai lagi tapi mencungap kerano dio anak beranak dan ipa duai & co. sajo yang bolot.masalah jambatan yang siap tapi tak berturap tapi boleh lulus.masalah pembinaan taliar(bonda) tak solosai.masalah pendatang (halal atau haram)semakin bertambah.
yb razi,mohon donga rintihan pengundi di kg boting.mogo yb tidak dibenci akibat terlalu percaya pada ketua kg yang bermasalah.kami penyokong kuat yb.tapi kalau masalah ini tak solosai.kami takut ada yang berubah arah.
Post a Comment