BULAN MAKIN TERANG DI KP |
Pilihanraya umum 2008 yang menggunakan formula PKR di Juasseh , Pilah , Senaling tidak boleh diguna pakai lagi .
Pilah patut diserahkan kepada PAS , Juasseh kepada DAP , Senaling kekal kepada PKR , Seri Menanti boleh bagi kepada PKR , Johol kekal pada PAS manakala Perlimen diserahkan kepada PAS semula .
Jika formula ini diguna pakai , mudah-mudahan akan ada kerusi PR di KP .
Peranan DAP jangan dipandang kecil kerana masa PRU ke 12 lalu , ramai ahli parti komponen UBN yang berpaling tadah .
Kerabat-kerabat Yati dari parti sebelah , merajuk sakan dan turut berkempen menyokong calun PKR di Dun Pilah .
Tapi masa tu tak cukup kuat kerana orang cina lebih sayang dan percaya dengan Pas dari parti yang bertanding pada masa itu .
Lagi pun calun yang menawarkan diri , calun kitar semula , calun PRU sebelumnya .
Kali ini bagilah calun yang kontemporari sikit , ada harta , ada kedudukan , berpelajaran , muda dan yang paling penting mesra pengguna dan tinggal di KP sendiri.
Wakil UBN yang ada sekarang , kurang mesra dan banyak menimbulkan masalah dan macam nak menopoli kuasa dikalangan mereka aje .
PP harap , badan perunding PR di KP akan dapat buat keputusan .
Pandangan PP ini pandangan masyarakat Pilah , kalau tak ikut , kempunanlah nak lihat PR bertapak di Pilah dan membentuk kerajaan negeri .
PP - tukang bagi pandangan aje
5 comments:
Tengok dulu calon yang akan bertanding di lima DUN dan Parlimen di K.Pilah dlm PRU 13 nanti. Kemudian barulah PR boleh berkira-kira.
PP mungkin dah boleh teka calon BN yg bakal bertanding dlm PRU 13 di K.Pilah nanti.
kalau yang tak monughreh tak yah lah.lagi baik cikgu ayie ado banyak ideo gilo-gilo yang boleh dicubo try test
(MANGKOK AYON)
yb anan asyik jago Kamat yo.maklumlah abang ipar.
(MANGGISPUTIH)
yb tok mail lasim asyik jago zaki, dell,wahab &....
(MANGGIHPUTIH)
yb razi asyik jago Restoren Warisan
(MANGGIHPUTIH)
Post a Comment