Friday, October 30, 2009

BERPADA-PADALAH MENGAMPU

PP hadir bersama ribuan rakyat dalam majlis jamuan rakyat di stadium Kuala Pilah dimana DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Ampuan Besar turut hadir sama .

Malangnya majlis yang meriah dan gah itu jadi macam satu majlis yang membosankan .

Pertama , persembahan yang diadakan meleret hinggakan hadiran naik jemu mendengar dan sampai ada yang tersengguk , nak tertidur .

Kedua , sistem bunyi begitu mengganggu sekali sahingga tetamu saperti berada di sebuah disco , terlalu bising sahingga jika ada nyanyian , lansung tidak dapat berbual , susananya macam kenduri kahwin bukan dalam majlis yang dihadiri Tuanku .

Ketiga , makanan tidak seberapa , habis makan , tiada makanan rengan atau makanan lain yang diedarkan menyebabkan hadirin hanya melihat lauk dan nasi yang tidak habis dimakan sambil mendengar lagu yang membingitkan walaupun nyanyian oleh penyanyi jemputan memang sedap .

Keempat , pengagihan makanan untuk rakyat tidak terator , rakyat diberikan nasi bungkus secara berebut-rebut dan ada yang dapat banyak manakala sebahagian tak dapat lansung .

Dan yang kelima , Pengerusi Majlis Dato Kurnia pula berucap meleret-leret , membesarkan diri , macam mencadangkan sesuatu , menonjolkan kerabat sendiri dan paling meloyakan , menunjukan bakat macam dalam sinaran pasport kegemilangan sedangkan itu adalah majlis santapan raja bersama rakyat .

Address pemimpin pun salah , Ahli Parlimen KP yang tidak hadir di addresskan , sudah lah tu sebutan pula salah dengan mendahulukan nama bapanya .

Kemudian Tan Sri Abu Zahar Ujang di war-warkan menyumbang RM 5 untuk jamuan itu sedangkan beliau menyumbang RM 5,000 dan banyak lagi kesilapan yang mencacatkan majlis tersebut .

Persembahan bunga api juga tak kena kerana tak dapat ditonton oleh orang ramai yang duduk bawah kemah .

Malanglah kalau majlis sebegitu indah menjadi kurang bermakna disebabkan salah urus oleh sebahagian daripadanya .

Begitulah kalau lebih lonjak , seluar boleh jadi koyak .

Pemimpin KP termasuk wakil rakyat dan pegawai daerah kena tengok perkara ini .

Malu rakyat Kuala Pilah di buek eh .



PP - penganjur macam koyok sangat .

1 comment:

Anonymous said...

Bukan setakat tu je, masa hari pertabalan pun, memang memalukan rakyat malaysia, dah la discovery chanel pun turut serta hari tu. dengan hantar mikrofon lepas tu tersepak kabel mikrofon la, dengan luak luak yang dok ampun tuanku tak seragam, undur salah step bak kata astro "macam macam ada" kesilapan berlaku.. malu den di bueknyooooooooo