Friday, November 14, 2008

TANGAN TAK LAGI MEMANGKAH TAPI MENOKAH

Apa punya haprak , mesyuarat pun gaduh , kalau betul kuat masuklah gelanggang tinju atau gusti , jadi hulk hogan atau the giant , gaduhlah puas-puas , bukan semasa mesyuarat bahagian , buat malu saja .

Siap pasang body guard untuk jaga keselamatan konon , pasukan keselamatan dah cukup , tak payah pakai samseng untuk jaga orang , itu lah akibatnya kerana samseng pakai buku dengan ruas tetapi pasukan keselamatan pakai fikiran dan undang-undang.

Seluruh ahli Umno malu , seluruh orang Melayu malu dan seluruh rakyat rakyat yang cintakan perdamaian mencemuh orang negori , orang nogori kaki gaduh , tiada perpaduan sesama sendiri , sentiasa nak selesaikan sesuatu dengan tangan .

Itu bukan budaya orang negori , kerana orang negori adat perpatih sedangkan Seremban , adat Ketemenggung , jadi sikap mereka bukan sikap sejati orang negori ,. buat macam kek KP , tak ada gaduh cuma senyap kerana mulut dah penuh , kono suap .

Mungkin ada samseng luar yang ikut menjadi ahli Umno bahagian itu sebab itu perkara tersebut terjadi , insaflah , lebih baik pangkah undi dari pangkah muka orang , nyanya tau.

Itu lah puncanya tiada anak nogori yang benar-benar berjaya , baru Datuk Sheikh Muzafar nak naikkan nama orang negeri dah ada yang buat taik , malu betul rasanya .

PP rasa mereka macam orang yang berada dihutan tetapi tinggal dibandar berbanding dengan orang KP berada di kampung tetapi berhati orang bandar .

Macam mana berpolitik pun , yang kuat kerja dan rajin jumpa perwakilan , itu lah yang menang , jangan jadi macam Ruslan Darus , dah kalah , salahkan ketua bahagian .

Jadi macam Nibung , baik dengan wakil rakyat , banyak buat sumbangan ( ikhlas ke ? ) dan tak banyak cakap , sekali bertanding terus menang , jadi perwakilan ke KL lagi .

Itu bukti , jadi pemimpin mesti mempunyai dahan , ranting dan daun yang rendang dan paling penting , akar mesti kuat , Cheif apa ada , walau bekas ketua pemuda , duit dikatakan banyak , pokok macam rendang tetapi perwakilan didekati masa nak kan undi saja .

Ayiem lagi teruk , entah dari mana datang terus nak tanding ajk dan perwakilan ke KL , kenal dan pandai baca ke calun mana nak pangkah nanti ? .

Dato Am dah keluar gelanggang , janda Zaman dah kalah , Muhi walaupun menang dah tak tajam lagi kukunya dan yang terpenting keturunan 2 beradik dah mula terhakis dari politik KP .

Tinggal Ustaz Zubir masih beriya-iya nak mencongak nasib , tak tahulah ustaz saorang ni , tak pernah mengenal erti pencen , semua nak ke tombolok dia saja , perangai , hanya orang KP jati sahaja yang tahu , macam mulut buaya .

Rosli JPJ pun macam itu saja , cikgu Chaah sibuk mengkudakan orang , Haji Muslim terkejar-kejar ahli majlis , Haji Madradzi berperangai talam dua muka , Zul talang kerana sombong sangat terus lingkup , Haji Yahya kekal dengan sikap pilih bulunya , Yahya Pilus sibuk nak naik pangkat , Azmy Ujang dengan sikap cakap tak serupa bikin , ambong Brahim dah tak laku , Ismail Barliar mula naik tocang , Mokhtar Suhud tak pernah menang kerana tak tahu strategi dan Brother dah mula buat kroni pada anaknya .

Maka jadi lah Umno KP syarikat sendirian berhad .

Pemuda dah tak bertolo kata cilipadi88.wordpress.com , lantak lah kerana bukan pemuda yang lahirkan zuriat tetapi puteri , jadi biarlah pemuda jadi puteri saja .


PP – sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling

No comments: